Monday, August 22, 2011

Mengayam tikar lebih baik dari mengayam ' ketupat '

Finally anyaman akak yang akak buat siap jugak . Terasa la juga bila ada yang tegur " tak habis lagi mengayam akak "... dengarnya macam nada perli je ... takpe lah .. I love doing this . Contoh-contoh anyaman ni akak akan masukkan ke dalam folio PSV di sekolah . Ada 6 folio semuanya dan 3 daripadanya dah hampir penuh dengan contoh - contoh hasilan murid & guru bagi empat bidang PSV iaitu menggambar , membuat rekaan &corak , membentuk & membuat binaan dan kraf tradisional . Cikgu-cikgu boleh guna contoh2 ni as their teaching aids .

Akak harap sangat sekolah dapat adakan satu bilik untuk PSV .. sekolah sebelah tu ada .. kami ni menumpang , susah nak dapat bilik2 khas ni . Kalau ada bilik PSV akak nak pamerkan hasil2 keja murid ni ... papan kenyataan PSV pun dah penuh dengan hasil keja murid .. karya yang berbentuk 3D tak dapat akak nak simpan banyak2 sebab takde tempat .

Yang ni pun akak buat jugak . Nanti free nak buat design lain pulak . Buat masa ni busy skit dengan murid2 Tahun 6 & marking exam papers .

Kelarai buga tanjung ni kawan akak yang buat ... thanks Cikgu Hasma .

5 comments:

saidi said...

comeiiiii leh letak kt dindin umah....

jay said...

Comel sungguh...

Hang ni memang berbakat la Yan...

BTW, comel sungguh banner family kat atas tuh...

ejaescobart said...

cantik la anyaman kak ti.. sy tak pandai.. dok ajaq budak buat anyam tikaq yang biasa saja...

yantisa said...

thanks kawan-kawan.

eja .. tahap 2 kena bagi yang mencabar skit.

ch@ said...

kalau kita sendiri yg anyam, mau jadi corak nama kita sendiri. hahaa. boleh ke kalau nak pamer juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails