Tuesday, September 6, 2011

Ke Pasar Kemboja mencari tudung

Sehari sebelum raya akak dan adik2 ke Pasar Kemboja di Jalan Permatang Tok Mahat .. tempat ni unik sikit sebab bersempadan dengan 3 negeri , Perak , Pulau Pinang dan Kedah . Rata-rata peniaga di sini adalah orang Kemboja . Barang2 yang banyak kat sini kebanyakannya kain baju dan tudung . Boleh rambang mata dibuatnya .. harga pun ok jugak , kalau pandai tawar boleh dapat lagi murah .

Orang tak berapa ramai time kami pegi ni sebab hujan lebat pagi tu . Akak cuma belikan tudung untuk Nisha dan telekung untuk diri sendiri dan MIL .

3 comments:

mamaacha said...

dekat sg buloh pun ada...setiap isnin dgn jumaat...dah mcm pesta orang membelinyer....

yantisa said...

memang pun .. orang pompuan kalau pi pasar ni kena bawak RM banyak2.

jay said...

Huh, mau rabun mata kalau aku yg pergi tuh...

(^__^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails