Saturday, September 24, 2011

Holiday in KK : Part 2 # Makan tak ingat diri ... garu pun garulah

Dua hari kami di Sabah minggu lepas , kami pulun makan seafood sampai tak ingat diri ... Una dan maklang dia takde masalah makan tapi akak ni la masalahnya ... dah tau diri tak boleh makan seafood .. tetap degil langgar pantang . Tak kan nak tengok je kan ? peluang dah ada depan mata .. rugi kalau tak makan sepuas-puasnya di seafood heaven ni . Hari pertama kami hanya habiskan RM30 untuk seafood . Puas la makan untuk kami bertiga.

Tapi kami tak membazir pun .. ambik setakat yang mampu dihabiskan je . Ikan ( RM15 ) udang ( RM5) dan sotong ( RM10 ) wajib ada .. yang tu la yang buat akak menggaru lebih hebat lagi .

Malam kedua ... walaupun dah letih sangat dengan muka yang dah tak boleh nak senyum , tapi napsu nak melantak tetap ada . Kali ni pulak kami ambik ikan ( RM25 ) sotong (RM10 ) dan ketam (RM15 ) = RM50 . Ada ikan yang lebih murah tapi nak cuba jugak la makan ikan yg lebih sedap ... lupa pulak nama ikan tu .

Sotong lagi ... garu belakang kira

Balik KL habis satu badan akak gatal ... makin digaru , makin sedap .. makin merah ...makin pedih . Padan muka sendiri ... sendiri mau ingat la beb ... so sendiri tanggung la .



Bila dah tak tahan sangat , abang misai belikan krim sapu ni tapi tak berkesan jugak . Akhirnya kawan akak syorkan Aerius . Alhamdulillah dah boleh stop aktiviti menggaru .Tapi kalau ada peluang nak pi makan seafood di sana lagi sure akak sanggup menggaru balik .

5 comments:

Super Ummi said...

Akak makan seafood kat mane ni..? Murah tak seafood kat K.K? Orang kata kan Sandakan lagi murah.. saya tak sempat lagi nak merasa seafood kat Sabah..

yantisa said...

dekat depan Le Meridien @ Filipino market tu ...murah sgt compared to semenanjung .

NER said...

sedapnya seafood bakar tu. terliur rasanya perut saya ni. Akak nmpak muda la,tak percaya dh da anak 5.

btw,saya dah follow blog ni. nice blog!

zuwaidah said...

seleranya tgk ikan bako tuuuuu....opppssss elergik yek...tak paaaa...bukan selalu aktiviti menggaru tuuuu

Aini Arif said...

waaa rindunye dgn KK, ada lagi yg femes lokan bakar, ayam madu pulau2 pun cantik, manukan paling best

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails