Wednesday, October 19, 2011

Kak Long dan Kak Ngah kesayangan hamba


Alhamdulillah my 1st baby , D40x dah kembali berfungsi... tapi tak sesihat dulu . Bunyi pun lain macam je bila akak click . Dah tukar shutter ... melayang RM314 . Takpe la .. demi minat ku rela berkorban . Chewahhhh . Kak long ni akak beli tahun 2007 lagi . Memang patut pun dia demam kus-kus minta masuk hospital . Tapi depa adik beradik ni bukan mau masuk hospital biasa ... kena hantar hospital special khas untuk kaum kerabat depa je . Lepas ni nak kena kedekut la sikit ... bukan main belasah je click sana click sini sesuka hati .


Yang ni pulak my new baby , D90 je ... baru duduk dengan kami a few months ago . Dan akak juga dah terbeli .. lense 50mm tu ... terbeli konon , dah lama berkenan . Abang misai tak boleh nak kata apa . Bini dia kalau nak dia tak boleh nak larang . Bukan guna duit dia pun . Tapi la ni akak nampak dia pun suka dengan minat akak ni . Habis study nanti akak nak pegi study ilmu photography pulak ..selama ni main belasah je . Kalau setakat explore sendiri masih belum cukup lagi . Tak guna jugak gadget canggih kalau gambar macam ambik guna compact camera .

In future hopefully akan ada lagi baby baru .. kak chik , adik bongsu dll .... Ikut budget & peredaran masa . Baby betul dah stop ... cukup la dengan yang 5 tu .

2 comments:

Adrina Adi said...

ed memang fail la pasal gadget2 ni. hehe..

yantisa said...

ed , akak pun tak pandai , main hentam je .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails