Gambar cilok Mr.Google
Salam buat pengunjung setia blog kami ... TQ la sebab masih ada yang sudi jenguk rumah kami walaupun akak jarang update .. sejak dua menjak ni akak agak sibuk dan otak ni penat sikit tapi belum sampai tahap meroyan . Cuma semalam akak angin sikit , rasa macam nak makan orang je . Angin dengan sapa ? ... biarlah rahsia . kan dah janji tak nak meroyan di blog , lebih baik diam je . lagipun rasa marah tu pun dah reda .
Cerita anak-anak macam biasa je . Minggu depan depa nak periksa akhir tahun .. tapi nampak macam tak bersedia je . macam mak depa jugak la , study last minute ... Nisha baru je selesai exam UPSRA di sekolah agama pagi tadi .. harap2 la dapat la beberapa A walaupun tak sebanyak A yang kak Una dapat tahun lepas . Kami tahu kemampuan Nisha setakat mana . Hujung minggu ni kak Una tak boleh balik rumah ... lebih baik dia di asrama , minggu depan dia pun exam jugak . Mak doakan yang terbaik untuk semua anak-anak mak termasuk la anak-anak orang yang mak ajar tu.
Curi gambar dari Encik Google je
Hujung minggu ni ada tutorial ... malasnya nak ke kalas sampai ke 4.30 petang . Apa nak buat , nak tak nak , kena juga lalui lagi satu semester . Assignments satu abuk pun tak sentuh lagi . Nak jumpa tutor dulu ... tengok macam mana kehendak dia . Esok & lusa cadangnya nak search & kumpul bahan2 mana2 yang patut . Harap dipermudahkan segala urusan .Risau jugak sebab semester ni semua subjek major ... selalunya kalau ketiga2nya subjek major susah sikit akak nak score ... kalau ada subjek minor tu boleh la merasa A lebih skit .
Keja sekolah pun makin banyak , makin dekat nak cuti , makin bertubi2 keja dok mai ... suka tak suka , kena buat jugak . Itu periuk nasik kami . merungut tu biasa la kan , badan dan minda je penat tapi yang herannya mulut ni tak pulak penat ..asyik nak mengeluh je . I am just a normal human being .
2 comments:
moga dipermudahkan
Thanks maksu ... saya pun tiap2 hari doa yang sama lepas solat.
Post a Comment