Thursday, November 17, 2011
Kami rindu abah ... Al-Fatihah
17 November 2011 ( 1988 ) Hari ini genaplah 23 tahun pemergian abah, kembali kepangkuannya . Kami kehilangan abah diusianya 38 tahun dalam kemalangan jalanraya . Arwah abah pergi meninggalkan emak dan kami 8 beradik tanpa pesan ... akak anak yang sulung ketika tu berusia 15 tahun dan adik bongsu masih dalam kandungan mak .. baru 3 bulan .
Kehilangan abah merubah hidup kami .. kami hilang tempat bergantung , hilang tempat bermanja . Mulai saat itu emaklah segala-galanya bagi kami , dialah ibu , dia jugalah ayah . Mak buat macam2 keja untuk menyara kami 8 beradik . Pengorbanan mak tak ternilai buat kami . Kehilangan abah jugalah membuatkan kami adik beradik lebih berusaha untuk merubah hidup kami ... mungkin ada rahmat disebalik apa yang berlaku .
Kalaulah arwah masih ada , tentulah dia bangga dengan anak-anak dia yang berjaya dalam hidup . Abah juga ketika hayatnya kerja keras untuk menyara kami sekeluarga ... terkilan kerana tak berpeluang membalas jasamu abah .
Buat adik , jangan bersedih dengan entry ni ... walaupun tak sempat merasai kasih sayang abah , adik tetap beruntung menjadi salah seorang anak abah . Adik masih ada kami , ada mak , ada kakak dan ada abang untuk bermanja . Siapalah kita untuk melawan kehendaknya .
Moga abah tenang di sana ... Al-fatihah.
MAT ISA HASHIM
( 28/12/1949 - 17/11/1988 )
Labels:
family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Alfatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
alfatihah
aminnn .. terima kasih kawan-kawan
Melihatkan kejayaan anak2nya, Insyaalah arwah sememangnya tenang di persemadiannya, dan dengan gembiranya sedang menunggu kalian di sana (syurga)
alfatihah..
tengok nonie macam nampak pak ngah.
Akak...Alin tak dapat bayangkan bagaimana keadaan Alin kalau brd ditempat akak.
Semoga Allh cucuri rahmat dan tempat arwah abah akak ditempat yg beriman. Amin.
thanks semua . Entry ni akak buat sebab terlalu rindukan abah . Dia sorang yang sangat penyayang . Apapun kami redha dengan ketentuannya . Hidup mesti diteruskan namun abah tetap di hati kami .
Perjuangan dan pengorbanan seorang Ibu utk membesarkan anak2 tidak dapat di nilai dengan harta dunia.
Akak masih berpeluang membalas jasa Ayah dengan terus berdoa dan sedekahkan ayat2 suci Al-Quran..Pintu langit akan terbuka seluasnya utk menerima doa dari anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman.
Saya kagum dengan akak sekeluarga, walaupun berat ujian yg diterima tetapi akak sekeluarga dah buktikan ianya bukan alasan utk gagal dalam hidup ni.
hehe..maaflah akak panjang lebar lak..sebenarnya saya terharu dengan semangat dari kisah akak ni..:)
Al-Fatihah
Terima kasih Rohaya . InsyaAllah akan terus doakan keduakan emak dan abah selagi hayat dikandung badan .
Post a Comment