Thursday, November 24, 2011

Lega 1 selesai ... tapi risau bab lain pulak


Lega sangat-sangat bila balik dari sekolah petang tadi . Dah serah segala apa yang patut diserahkan ... beres semuanya . Dah boleh bercuti dengan aman . memang perlukan angin luar dari KL untuk rehatkan minda . Tok Som pun dok tanya bila nak balik ... Kesian jugak dengan Tok Minah yg takde kami tolong uruskan persiapan majlis perkahwinan adik bongsu abang misai awal Disember nanti .

Abang misai masih lagi outstation hingga hari Ahad ... bila dia takdak , macam separuh nyawa hilang , nak buat apa pun takdak mood . Esok boleh la kot outing dengan anak-anak ... kesian depa dok terperuk dalam rumah je dah 6 hari .

Akim pulak demam start tengahari tadi .. masih panas lagi .. risau sebab dia tak nak makan ubat , kalau akak paksa pun dia sembur keluar balik . siang ni tak la risau sangat , selalunya malam2 akan naik lagi suhu dia . Tolong la makan ubat dik ... mak risau ni .

4 comments:

Unknown said...

musim kot kan...moga cepat sembuh...

yantisa said...

maybe la kot . Akak pun harap macam tu. Akim ni jenis susah nak makan ubat.

PCL said...

rindu kat ayah depa la tu...kesiannya., try bg vitamin cm cekelat tu.mayb dia suka..

yantisa said...

vitamin tu ubat demam ke ? saya bagi cortal pun dia buang . Kami terpaksa pegang dan paksa dia minum jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails