Saturday, November 19, 2011

Siapa yang bertukang ditengah malam ?


Rasa lega sikit sebab dah submit semua assignment . Yang last sekali akak hantar pagi tadi . Kalau ikutkan masih ada masa 2 minggu sebelum deadline tapi akak tak boleh pegi kelas on that day so akak hantar je pagi tadi . Jam 4 pagi akak bangun siapkan saki baki mana2 yang tak complete tu . Naik berpinaq bijik mata mengadap pc . Berat sangat kepala ... skrang dah kurang sikit bebanan ... tapi keja sekolah belum settle semuanya lagi ... so tak boleh berangan la nak bersenang lenang duduk kat rumah .

Semalam masa akak bangun nak siapkan assignment , terdengar satu bunyi yg bagi akak agak pelik kedengaran pada waktu orang sedang enak dibuai mimpi .... bunyi orang mengetuk paku yang agak kuat ... tapi bunyi tu tak asing bagi akak sebab sebelum ni pun pernah dengar cuma selalunya dalam pukul 12 hingga 2 pagi . Bunyi tu datang dari rumah atas ... dan kadang-kala tu macam datang dari rumah sebelah . Rumah sebelah dah lama kosong ... Entah la . Sebelum ni ada juga bunyi budak berlari selepas pukul 12 tangah malam , ada juga sekali tu pukul 2 pagi .

Kami dah biasa ... bila anak-anak pun cakap benda yang sama .. akak cuma cakap dengan depa " jangan tegur ... dia tak kacau kita so kita tak payah la sibuk2 "

5 comments:

ejaescobart said...

kak ti,

penah dengaq macam guli bergolek tak? rumah kak sy kat bangsar selalu dengaq bunyi tu.. kadang macam orang dok ubah perabot..

PINATBATE said...

takottt

yantisa said...

eja,
bunyi guli tu takde la , tapi bunyi tarik kerusi tu penah beberapa kali kami dengar .

Cikgu pinat,
kami takut juga,cuma doa dia tak kacau .

Nad said...

Alamak takotnya kak yan... abg misai takde lagilah takot aduhhhh

yantisa said...

selagi dia tak kacau , akak still ok. Time abg misai takde ni anak2 semua tido dalam bilik akak .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails