Selepas boring mengadap buku dan mata pun dah naik berpinaq , si emak pun ke dapur lalu mengambil sebiji pinggan kerana perutnya dah pun mula berkeroncong . Hati emak yang tadinya kembang setaman bertukar sedih sebab yang emak nampak hanya kuali kosong . Aik! mana perginya nasi goreng yang penuh tadi ? sampai licin anak-anak mak kerjakan ... korang ni betul la macam piranna time cuti sekolah ni . Semua yang mak masak korang cakap sedap dan bedal sampai licin . Ayah selalu tegur mak kenapa masak lauk sikit , mana ada sikitnya bang oi ... masak macam biasa yang selalunya cukup sampai makan malam . Tapi bila dah semua pakat bertambah , mana nak cukup simpan sampai dinner . Mak jugak yang disalahkan .
Time mak busy pun mak tetap masak sebab mak tau kalau kita asyik beli lauk , maunya beg duit ayah korang tinggal habuk sebelum waktunya .... dan dalam hati mak tetap ada taman walaupun korang makan sampai tak ingat mak korang ni. Lebih baik makan habis dari membazir je atas meja .... takpe untuk mak , boleh masak lain ... kalau mak malas , mak suruh ayah pi beli khas untuk mak sorang bila korang semua dah zzzzzzzz .
"Batu belah batu bertangkup
telanlah aku , makanlah aku
aku kempunan nasi gorang bodo"
No comments:
Post a Comment