Friday, December 23, 2011

Jom balik ke sekolah

Cuti sekolah tinggal seminggu je lagi ... baru separuh barang2 sekolah anak-anak ni kami beli . Kalau korang sorang pun dah garu kepala , banyak nak keluar pitih , bayangkan akak ni 4 orang . So kami terpaksa la berbudget , mana yang masih elok dan boleh pakai .. akak basuh dan depa akan guna balik . Yasmeen pakai baju Kak Una .. banyak helai yg masih elok2 .. cukup utk seminggu . Bag sekolah Haikal pun still elok , so tak payah beli baru . Nasib baik la anak-anak ni faham dan tak demand nak semua yg baru .

Nak kena keluar pi shopping sekali lagi , baju kak Una belum beli lagi and a few more things , anak-anak akak ni membesar bagai johan . Kasut Nisha dah sama saiz dengan mak dia ... Kak Una pun dah boleh cilok kasut mak jugak . Meen dah pakai kasut saiz 5 ... tu baru nak masuk darjah 4 .. kalau naik sekolah menengah nanti , saiz berapa la ko kena pakai Meen oi ?

Holiday hujung tahun nampaknya akan tinggal angan-angan je la ... nanti bukak sekolah ... duit yuran lagi . Yuran asrama kakak , Nisha pun dah nak masuk form 1 . Garu kepala la ayah dan mak korang ni .

4 comments:

PINATBATE said...

alalalalalala...comeyynya macam doktor!

yantisa said...

doktor cinta.

ch@ said...

tak apa kak, bersusah-susah dahulu. esok2 dorang dah besar, akak boleh tarikh nafas lega. kita ni pun, kekecik lagi. esok dah besar beli barang dorang jugak. bergolok bergadai.
*comelnya hakim. meh sini aunty nak kiss-kiss sikit.

yantisa said...

betul tu cha .. tapi kadang2 kesian jugak dengan budak2 ni .. tak merasa mewah macam anak orang lain .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails