Gambar kenangan cikgu-cikgu sekolah rendah akak dulu ... SKTS atau nama penuhnya Sekolah Kebangsaan Titi Serong , Parit Buntar Perak . Sekolah ni lebih kurang satu 1/2 km dari rumah mak akak . Kami dulu jalan kaki je sekolah , bila dah berduit skit , arwah abah beli basikal dan kadang kala abah juga hantar kami ke sekolah . Banyak antara cikgu2 ni akak dah lupa nama depa . Antara yang masih akak ingat , Ustaz Abdullah , Ustaz Mat , Cikgu Mohd Amin , Cikgu Husin , Cikgu Zaharah , Cikgu Ainon yang garang , Cikgu Siti Nor , Cikgu Abdullah , Cikgu Abd Rahman , Cikgu Badri dan Puan Ong yang penah menyebat akak sebab gaduh dengan sorang budak lelaki .
Credit to my sister Pdah for the photos. Sekarang akak pulak dah jadi cikgu , entah - entah anak murid akan ingat tak akak lagi bila akak dah tua or dah takde lagi .
4 comments:
salam.Gambar yg penuh nostalgiakan....sibbek ada gambar blh ingat kisah dulu :D .
ya azatie , mmg gambar main peranan yg besar dlm hidup kita .
kak Ti..
mana dapat gambaq ni? sentimental value sungguh.. kebanyakkan yang dalam gambaq tu dah tak dak.. Al Fatihah buat cikgu2 kita...
gambaq yang ateh tu yang masih sy ingat2 lupa.. belakang kiri: cikgu Mohd Amin (ajaq muzik.. garang nih!),cikgu Zaharah (la ni lecturer kat Maktab Tuanku Bainun),Cikgu Ong (ajaq BI), Ustazah Rokiah,2 orang tu tak cam, cikgu lupa plak nama (isteri Arwah cikgu Badri),sederet tu tak cam.. last sekali cikgu Husin.(dah pencen pun dia)
yg depan tak berapa nak ingat.. ujung sekali tak cam sapa, sebelah tu Ustaz Mad,sebelah dia tak tau sapa,cikgu Abdullah Tahir (smart cikgu.. seluaq mesti putih), 2 orang seblah tu tak cam, Cikgu Sharip, Ustaz Lah, cikgu Shanmugam (keta kaler ijau.. senang nak cam), last skali tak tau sapa..
*huh! panjangnya komen... excited tengok wajah2 yang penah mengajaq/mendidik kita dulu...
gambar ni Pidah yang simpan .. balik kpg haritu ternampak dalam album dia .
Post a Comment