2011 bakal melabuhkan tirai . Banyak suka duka sepanjang 12 bulan di tahun 2011 ni ... Alhamdulillah kisah suka lebih banyak daripada duka . Walaupun ada perkara-perkara yang tak best dicatatkan dalam diari hidup , akak tetap redha .. inilah namanya dugaan hidup . Takkan selalunya indah je kan . Kadang-kala kita diuji jugak . kalau boleh akak takkan biarkan ia terus melekat dengan akak di tahun 2012 nanti tapi semua bergantung kepada keadaan . Tengok la macam mana nanti .
Beruntung ada blog yang merangkap diari kami ni ... dapat jugak recall balik apa yang berlaku dalam hidup kami . Antara yang singgah dalam hidup kami di 2011 adalah :
Januari
Mac
* Adinovirus menyerang Pulapol dan Abang misai dikuarantin 8 hari sebab demam.
* 38th birthday ... dah tua setahun ...
April
* Kak Una ambil Sijil & wang saguhati daripada Parlimen Setiawangsa sebab dapat 5A.
* sekali lagi kak Una dapat sijil dan wang cenderahati drpd Parlimen Setiawangsa atas kejayaan 9A dalam UPSRA .
* Tangan Haikal bersimen , retak sebab terjun tangga .. dia ingat dia spiderman ke apa .
* Dapat 2 anak saudara baru , Mohd Hud Ashman dan Abdul Muiz.
* sentap sebab ditegur atas perkara baik yang akak buat tapi dianggap salah bagi orang lain .
* birthday my sayang yang ke 41.
Mei
* D40x akak tak berfungsi setelah berkhidmat dari 2007 ... sedih sangat2 ... nak kena tukar shutter dan kosnya mahal .
* Hakim kena operate .... ada bisul di kaki dia . Alhamdulillah dia dah pulih sepenuhnya .
* Hilang handphone .
* dapat teman baru .. D90 . terima kasih abang misai
* mini gathering kawan-kawan sekolah menengah & bekas guru di rumah baru akak di kampung .
June
* makan angin di PD
* reunion dengan kawan-kawan lama & bekas guru di Anisani resort.
Julai
* beli gadget baru lagi ... lense 50mm .
September
* Aidilfitri pertama tanpa abang misai di sisi . Dia kena beraya di Pulapol
Oktober
* nothing special ... bulan yang amat memenatkan
November
* jiwa kacau tahap gaban kerana sesuatu yg tak mampu akak ungkapkan di sini.
* Nisha dapat 2A dalam UPSR ... hanya itu yang dia mampu .
Disember
* bercuti sepuas-puasnya
* kenduri adik bongsu abang misai
* anniversary kami ke 15 .. love him forever
2 comments:
Sayangnya tepon akak pakai kejap dah ilang.. Sonok baca citer akak. Moga tahun ni lebih banyak coreran yg manis manis ;)
insyaAllah .. harap2 macam tu la hendaknya
Post a Comment