Dear abang ,
15 tahun yang lalu , ketika di alam pertunangan kita , Ti selalu tertanya pada diri sendiri ... adakah Ti dah buat pilihan yang tepat . Ti takut sebab kita tak pernah kenal sebelum itu . Ti tak nak memperjudikan masa hadapan Ti . Tapi syukur Alhamdulillah , walaupun hati ini sering berbelah bagi sepanjang 6 bulan pertunangan kita , Allah masih membuka hati Ti untuk menerima abang . Hanya pada hari kita diijabkabulkan , cinta itu hadir dengan seikhlasnya , dan mulai saat itu ianya hanya untuk abang .
Masa bertunang , abang sangat mengongkong ... apatah lagi bila baru2 bergelar husband & wife ...ye la kan , time tu potongan badan bini abang ni ala-ala stewardess walaupun rupa tak secomei mana . Sepanjang perjalanan sebagai suami dan isteri , pelbagai dugaan telah kita tempuhi . Adat la dalam berumahtangga , kalau tak de gaduh2 , takde selisih faham , rasanya tak sah ... tak happening la kan ? tapi kasih sayang kita mengatasi segalanya . Berkat kesabaran dan apabila ego kita berjaya diletakkan di tepi , maka hidup kita berdua lebih bererti . Sekarang ni nak gaduh pun malas .
Selama 15 tahun ini ucapan " I love you " tak pernah lenyap dari kamus hidup kita . Saban malam abang ucapkannya sebelum tidur ... dan setiap malam juga Ti akan mohon ampun sebelum mata terpejam . Kita sama-sama tidak perfect tapi kita telah disatukan menjadi perfect couple .
Walaupun anniversary kita tak sama dengan orang lain . Takde hadiah mahal-mahal , takde candlelight dinner ... tapi saban tahun Ti dapat hadiah yang tak ternilai iaitu 'abang'. We still have each other that is worth more than anything in the world .
Happy 15th anniversary sayang. I love you so much and have so much more love to give you through the years..
Love ,
Yanti
*p.s ... surat ini ditulis sebagai ingatan dan kenangan di masa depan . Tiada niat lain .
5 comments:
Happy Ulangtahun Perkahwinan kak, so touching cerita ni after 15years. Well, lovestory dgn orang yg kita sayang mmg susah nk lupakan? lagi2 bila susah dan sng dia sentiasa dgn kita. Gembira utk akak dgn abg misai :D kita klik butang like banyak2 ;)
*kita punya lovestory tak romatiklah. hahaaa.
thanks cha , semua lovestory ada romantiknya on their own .
Happy anniversary sis... semoga kekal bahagia hingga akhir hayat :-)
so sweet..happy anniversary..
semoga bahagia hingga ke syurga
Thanks Eynda dan tak lupa juga CaDLyNN. InsyaAllah akan cuba buat yang terbaik hingga ke hujung nyawa.
Post a Comment