Tuesday, December 13, 2011

Time to take a break : zzzzzzz kejap

Masuk sini kejap ... dah nak termuntah mengadap module ... harap2 boleh masuk la apa yang dibaca . Mata biru ni pun dah pedih .... rasanya nak kena mengadap bantal kejap kot , hujan pun dah mula menyembah bumi ... nak pulak time ni bendera merah , so tak payah nak pikir2 time solat ke apa ... boleh bantai tidoq ikut suka hati ... malam ni berjaga sambung study . Siang2 ni banyak ganguan skit , bukan apa , budak2 ni buat bising , maklumlah rumah kami besaq kelemboi je .. akak terpaksa tarik meja sebuah masuk bilik .. letak tepi katil , ... baru la ada privacy sikit . Korang guna la PC besaq mak tu ... lappy ni mak punya sorang sampai Ahad .

Budak kecik Akim tu pun kakak-kakak dia tolong tengok-tengokan ... depa la bagi makan , depa la jugak buatkan susu . Abang misai pun faham yang otak akak tengah serabut .. so sehari dua ni makan lauk kedai je ... akak cuma masak nasik . Thanks korang semua kerana memahami .

Bila dok terbayang konvo tahun depan , akak berkobar-kobar nak habiskan exam kali ni ... Sem depan tinggal 1 paper je lagi .. itupun subjek minor je . Harapan nak dapat CGPA above 3.5 tu dah punah ... semakin dekat ke garisan penamat , semakin susah , semakin mencabar dan nampaknya tak tercapai dek akalku . Apa nak buat , itu je yang termampu . At least masih lagi ada angka 3 di depan tu .

Lusa paper " English for workplace communication " ... tak ler susah sangat compare to the other two . " Morphology , syntax and semantics " on Saturday and last paper will be on this Sunday " Teaching of Literature ".

Hope for the best ... moga dipermudahkan segalanya .



2 comments:

ch@ said...

kita doakan akak sampai ke penamatnya. jgn mengalah dulu kak. ceh cakap mcm pakar motivasi. walhal dulu takde anak-anak pun aku mls belajar. ahahaha.

tak sabar nak tgk akak pakai jubah konvo. eh, kita lak teruja :D

Kenangan SKPT2 said...

TQ for your support . Insyaallah I will do my best . Memang tak sabar nak konvo . Time tu hilang semua penah lelah selama 4 tahun ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails