Dah banyak hari tak update blog .. akak tersangat la busy . Dah 2 minggu direct , asyik meeting je bila nak habis entah la .. hari2 kena pi sekolah awal .. pagi2 sibuk uruskan hal di rumah dulu .. terkejar-kejar buat itu ini .. memang over exhausted la . Kesian kat Akim . Nasib baik ada Nisha kat rumah .. dia la tolong uruskan adik tu , bab makan dan pi hantar pengasuh sebelum dia ke sekolah . Kalau tak hari2 akak kena hantar ke pengasuh lebih awal .. kesian jugak dekat pengasuh tu , dia tengah sarat mengandung .
Balik rumah , lepas Isyak akak dah pancit ... dah tak boleh bangun , sakit habis satu badan . Abang misai la yang layan anak-anak sementara diaorang nak tidur .. kadang2 dia pun tertidur sekali dengan depa . Tengah malam baru dia masuk bilik . Bagi akak , macam mana lewat pun , tempat tidur suami adalah di sisi isteri ... kami tak nak biasakan tidur asing-asing .
Hari ni pun ada meeting lagi ... kena pi sekolah awal lagi ... akak cuma masak nasi je , lauk nanti abang misai beli je . Nak buat macam mana , kerja banyak menunggu . Terpaksa ... tak sabar nak bercuti seminggu .
Cuti CNY selama seminggu ni kami akan balik kampung . First , kami akan bercuti ke Langkawi for 3 days , balik dari sana baru kami bercuti di kampung pulak . Sebab tu akak dok pulun siapkan semua keja2 sekolah sebab cuti nanti akak nak rehatkan badan dan minda .
2 comments:
tak sabar nak cuti....
cepatlah jumaat.. ^_^
untunglah cuti.. :)
Post a Comment