Tuesday, April 3, 2012

Rezeki 'BARU' di bulan April ni .. syukran

Dengaq kata kunci rumah baru nak dapat minggu ni ... tak tau la betoi ka dak .. tapi jiran2 dah pakat cari kotak dah ... ada yang siap packing barang pun ... kami ni tak buat apa pun lagi . kalau dapat kunci nanti biaq la depa pindah dulu ... akak tersangat la busy mengalahkan menteri . Kalau nak packing , maybe minggu depan .. selepas jiwa akak dah tak kacau . Bila dah abih exam nanti lapang la sikit kot .

Excited jugak nak pindah masuk rumah baru ... sapa tak suka wooo .. rumah baru , serba baru . Dah hampir 16 tahun dok dalam rumah kecik & sempit ni . Dah macam stor bila anak dah ramai dan membesaq bagai johan . Dah tak cukup tempat nak simpan barang2 depa . Bila mengemas nanti , akak nak buang je mana2 benda yang tak pakai ... abang misai tu suka simpan barang2 buat tukun perangkap nyamuk & sarang lipas . Semuanya dia sayang nak buang ... sebab tu kami suka curi-curi buang barang time dia tak dak kat rumah .

Dok berkira2 nak tukaq langsir baru ni ... rumah kat kampung tu pun dah nak siap renovation minggu ni jugak katanya ... tak sabaq nak pi balik tengok dapuq dan porch baru tu . Haihh .. semua pakat baru la tahun ni .. syukur dengan nikmat Allah bagi ... hujung bulan ni bakal dapat gaji baru .... harap2 tak stress lagi la lepas ni .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails