Sunday, May 6, 2012

Bertukar imej ...


Jangan gelak ye .... akak bukannya model tudung . Model tembam boleh la . Saja nak tayang tudung baru beli tadi . Jangan la pulak kutuk ya.

Akhirnya dapat jugak tudung yang dicari . Bagi akak beli tudung biarlah kena dengan muka kita , sesuai dengan bentuk badan kita dan yang paling pentig selesa dipakai . Susah sungguh nak cari tudung saiz besar ni ... bukan takde , tapi banyak yang akak tak berkenan .

Kali ni akak dah jatuh hati dengan tudung Nur Kasih . Harga jauh lebih murah dari tudung berjenama yg akak pakai dulu . Kainnya tak panas . Yang penting cukup labuh untuk tutup dada . Akak pegi ke kedai dia di Jalan Masjid India . kat situ kena beli borong , tak boleh beli sehelai. Akak call kawan akak yang pakai tudung saiz XL ni dan dia pun nak jugak ... so apa lagi 10 helai la akak angkut tadi . Tapi kali ni takde banyak pilihan warna .. banyak dah habis . So takde banyak pilihan la jawabnya .

Rasanya abang misai pun suka akak pakai tudung macam ni . Lebih menutup aurat . 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails