photo from google search .. TQ
Semalam kami merempit lagi , tapi dating kali ni bukan berdua ... ada budak kecik menyibuk nak ikut la. Selalunya dia tidur awal tapi malam ni mata burung hantu la pulak ... nak tak nak terpaksa bawak dia sekali .
Bagi pasangan yang dah hampir season macam kami ni , saat berdua amat berharga ... di rumah lain , memang kita akan ada peluang untuk berdua ... tapi kita jugak perlu sekali sekala keluar berdua .. tak kisah la nak buat apa pun , pegi makan-makan ke , tengok wayang ke , window shopping ke .. alaaaa buat la apa aktiviti2 yang couple muda mudi dok selalu buat .
Bagi orang lain kami tak pasti la selamat tak tinggalkan anak-anak kat rumah .... bagi kami yang tinggal dalam kawasan yang selamat ni , InsyaAllah ok la ... lagipun kami ada anak dara yang boleh diharap untuk jaga adik depa . Akak dan abang misai hanya akan curi-curi keluaq bila Akim dah lena .
Keluar dating naik moto ni mengembalikan kenangan masa bercinta dan baru-baru kawin dulu ... dulu kami mana ada keta ... nak pi mana2 pun naik moto je . Motor buruk abang misai tu pun dia dah jual ... sekarang kami merempit naik scooter pulak .
Moga kasih kami berdua terus mekar hingga hujung nyawa ...
No comments:
Post a Comment