Friday, May 4, 2012

Susahnya menjadi emak..


Susahnya menjadi ibu beranak ramai ni. Kadang kala kita tidak boleh lari daripada sikap berlaku 'tidak adil' . Tambah2 lagi jika ada anak lebih dari 3 orang . Kalau anak sorang tu , perhatian dan kasih sayang hanya tertumpu pada yang sorang tu jer lah . Melayan anak-anak yang bermacam-macam ragam . Ada yang senang nak jaga , mudah terima teguran , ringan tulang ... anak-anak macam ni memang la selalunya jarang mak nak marah2 .

Tapi kalau dah liat nak solat , minta tolong sikit pun merungut , tegur sikit mulut dah muncung 14 inci , muka kelat semacam , memang namanya cari penyakit dengan mak dan ayah . Jadi emak ayah bukannya senang , jadi anak pun sama susahnya .

Bukan emak ayah sayang anak ini lebih , sayang anak itu kurang ... tapi perangai korang lah yang menentukan korang ni dilayan baik atau sebaliknya . Sayang mak ayah pada semua anak sama saja , apa yang kakak dapat , adik pun akak dapat sama ... yang berbezanya mungkin layanan ... tapi itu semua berbalik semula pada macam mana layanan korang pada mak dan ayah .

Janganlah dengki dengan adik yang bongsu itu ... mak dan ayah memang beri lebih perhatian pada adik Akim ... dia kan baby lagi .. dia kan adik manja kita semua . Itulah kelebihan jadi adik bongsu .

Bukan setakat masa anak-anak ni kecik saja kita berdepan dengan masalah ni ... nanti besaq pun sama . Bila korang dah jadi mak baru korang akan faham .

Alahai anak .........


4 comments:

♥SyilaSyira♥ said...

bila anak2 pertikai cara kita melayan anak yg lain, rasa sedih jek kan...tapi sesungguhnya tiada ibu nak membezakan anak2nya kan..

yantisa said...

betul tu syila ...susah nak fahamkan ke anak2 . Bila dah masuk remaja ni lagi la pening akak dibuatnya .

Refaida Black said...

x kira.. nak merajuk jugak .. :(

yantisa said...

aik .. ada orang terasa la pulak . Maklang termakan cili ke ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails