Sunday, June 17, 2012

Kehilangan yang pasti dirasai

24/01/1944  -  15/6/2012

Masih terasa kehilangannya ... dia umpama seorang ayah ... akak takde ayah , so bila ada orang yang selalu bertanya khabar , bagi nasihat .. bagi kata - kata semangat , memang akak sangat terharu atas keperhatinannya .. tapi kini dia sudah tiada .. dia sudah kembali kepadanya pada petang Jumaat yang lalu . Akak hanya tahu pada pagi Sabtu . Terasa sebak sangat dan masih tak percaya yang dia sudah tiada .

Encik Amran Lee bin Abdullah , bekas pensyarah akak di MPIP dulu ... setelah keluar maktab kami terputus hubungan tapi kerana ingatan yang cukup kuat akak cuba cari alamat dia semula dalam yellow pages ... dia sangat terharu atas usaha akak menghubungi dia semula ... dan sejak Mr.Amran pandai berFB , selalulah jugak akak dapat chat dengan beliau .

Akak mula rapat dengan beliau dan keluarga sejak akak dipilih menyertai pelayaran tunas samudera ... Mr.Amran salah seorang panel yang pilih akak sebagai peserta ... akak suka outdoor activities ... Mr.Amran pulak pensyarah sukan dan kami sering terlibat dengan aktiviti outdoor yang dianjurkan maktab . Akak dan kawan2 jugak pernah ke rumah Mr.Amran ... beliau kaki pancing ... puas la kami makan hasil pancingan yang sedap dimasak oleh mak wan .

Jasa Mr.Amran akan tetap akak kenang sampai bila ... he was my favourite lecturer ... dan akak pasti ramai lagi yang akan merindui beliau kerana beliau amat menghargai perhubungan antara guru & anak muridnya . Semoga arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang terpilih .. moga Mak Wan dan keluarga tabah dengan kehilangan ini . Al-Fatihah .





2 comments:

[leily.laily] said...

Salam takziah & alfatihah tuk arwah..

camtu la keadaan sy la ni kak, perit taw kehilangan org tersayang tanpa diduga ni..
pegi n blk kije semalam dok dgr ucapan hari bapa aje, sebak dada ni mendengarnya.. ;-(

yantisa said...

Leily , mati itu pasti .. kita terpaksa redha walaupun perit . jangan putus berdoa untuk mereka .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails