Saturday, June 23, 2012

Perasan Glemer dengan setem muka sendiri

Salam semua .. Ada yang rindu kami ke ? sorry la lama benar rasanya tak update blog ... bukan busy sangat pun cuma line broadband akak slow tahap cipan . Tak happening rasanya buat entry tanpa gambar ... nak upload gambar kalu , satu gambar ambik masa sampai setengah jam .. boleh pi makan , mandi dulu la nak tunggu gambar siap upload .. 



Setem aku dan dia ... hahaha jiwang karat .. siap kena usik dengan kawan .. asyik gambar ni je . .. ini kan gambar peberet akak .. susah nak dapat gambar abang misai senyum . Selalunya tak sehati sejiwa bila berposing ... jarang dapat yang dua2 senyum . Lagipun gambar latest kami dah tak berapa nak cun ... sorang makin montel dan sorang lagi dan hampir gondol .

Semalam ada wakil dari pos Malaysia datang ke sekolah untuk promote tentang Kelab Setem dan Filatele kami diberi peluang untuk buat setem gambar sendiri ... perkhidmatan ni memang ada di pejabat pos besar cuma kalau nak tunggu pi sana , entah bila tahun baru nak jejak kaki ke situ . 

 Anak dara sorang ni pun tak ketinggalan .. dia bayar sendiri guna duit simpanan dia . harga setem ni takde la mahal sangat , lagipun kami dapat harga promosi semalam . setem ni laku diguna pakai tau ... tapi sayang la nak pos bagi kat orang ... kalau ada yang nak tukar suka sama suka boleh la .

harga promosi semalam hanya RM10 untuk setem 1 Malaysia ni .

Harap dapat bersabar ya utk tunggu the next entry ... kalau mood akak elok dan tahap kesabaran akak tinggi maka akan ada la entry baru dalam masa terdekat . Untuk entry ni pun selepas 3 kali percubaan baru berjaya mengupload 3 keping gambar ni ... tension siot .. asyik disconnect je .  



6 comments:

Gieyana said...

Baru tahu boleh letak gambar sendiri kat setem rupanya..menarik nie..:-)

yantisa said...

boleh gie ... nanti bulan Julai kami jadi tuan tumah pertandingan bola sepak 7 sebelah . Pos Malaysia akan buka booth kat sana buat promosi . ime tu akak nak buat setem gambar lain pulak .

Super Ummi said...

tulah dari haritu teringin nak buat setem gambar sendiri.... bila tengok akak punye, rase membuak2 nak buat setem ni.... bila ntah berkesempatan.. cantiklah kak setem tu... nak satu boleh..? hehe

ch@ said...

huiyooo... meh hadiah kat kita satu. letak kt dalam, jangan letak kat sampul surat, nnt sayang kena stamp dgn pejabat pos pulak.

yantisa said...

hana & cha ,

boleh ..nanti akak bagi korang sorang sekeping .. buat masa ni busy tahap gaban .. tunggu

zuwaidah said...

bestnya....maksu pun nak buat jugak lah hihhhi..kat central market ada rasanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails