clipart from http://school.discoveryeducation.com/clipart/
Malam ni akak sambung marking kertas periksa budak2 ... kena habiskan cepat2 sebab bila dah sibuk dengan hal2 pindah rumah , dah tak dak masa nak mengadap kertas periksa lagi + takde mood . Ada lagi 2 kelas nak di settlekan . harap-harap juga la mata memberi kerjasama .
So , malam ni kerja - kerja mengangkut barang ke rumah baru diambil aloh oleh abang misai dan anak-anak . Alhamdulillah dah banyak yang dah dipindahkan ke sana ... tinggal barang2 besar dan barang yg kami guna harian je masih di sini . Esok nak ajak bang misai bawak dapur dan tv ke sana , so boleh la bermalam di sana mulai malam besok .
Petang tadi akak dan abg misai pi beli tilam 2 bijik .. satu untuk bilik kami dan satu lagi utk bilik anak2 dara kami . Kesian depa tu selama ni tido atas toto je ... rumah kami sekarang mana mampu nak tempatkan katil di bilik anak2 .. terlalu sempit dan padat dgn barang - barang ... walaupun tido beralaskan toto , di sinilah syurga kami ... walaupun kami tak semewah orang lain , tapi kami tetap bersyukur sebab kami masih ada tempat tinggal , we still have each other ... yang lain tu duniawi sahaja .
Bila dah dapat tempat tinggal yg lebih baik .. kami lagilah bersyukur . Lately banyak benda baru dalam hidup kami ... rumah baru , rumah di kampung pun baru siap renovate , keta baru , gaji baru ....
Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang kami terima ini .
2 comments:
alhamdulillah, moga2 urusan pindah rumah dipermudahkan.
maksu gak dok cari rumah sewa. nak berulang alik rumah sendiri jauh sangat. kasihan kat syiqin.
kenapa nak pindah rumah hubby maksu dah bersara ke ?
baru skrg merasa betapa penatnya berpindah . masih takde mood nak duduk sana selagi barang2/perabut besar belum bawak ke sana .
Post a Comment