Monday, July 23, 2012

Kami menyepi sebab Akim sakit kaki.


Assalamualaikum semua .... dah lebih seminggu kami menyepi ... semuanya kerana ini lah ... budak comei ni  ditimpa kemalangan ... semuanya bermula pagi Ahad lepas ... akak minta yasmeen ke kedai yang terletak di blok tempat kami tinggal dulu ... jaraknya hanya selang beberapa blok ... Akim nak ikut ... selalunya akak memang benarkan Meen bawak adik sebab akak tau dia bawak adik jalan kaki je .. tapi benda dah nak jadi kan ? kali ni dia bawak Akim naik basikal ... memang selama ni akak tak pernah benarkan dia bawak adik naik basikal .. budak kecik tu mana cerdik lagi ... mana dia tau nak jaga kaki bila duduk atas seat belakang tu . 


Bila dah kaki masuk dalam rim basikal .... maka luka la jawabnya .. dan luka di buku lali tu dalam sampai nampak tulang dan bila x-ray ada pasir pulak dalam tu ... maka kaki akim terpaksa dibedah untuk dibersihkan dan dijahit ... dan dengan sebab tu jugak la mak Akim pun kena temankan Akim di hospital selama seminggu untuk habiskan antibitik .

tangan akim kena cucuk juga nak masukkan antibiotik

Hidup mak Akim agak huru hara seminggu lepas .. penat jangan cakap la ... ulang alik balik rumah juga .. kemas rumah ... then bergegas ke hospital semula .. bergilir-gilir jaga Akim dengan abang misai .


Alhamdulillah kaki Akim dah makin baik ... kami pun dah discharge dari hospital semalam . Buat masa ni Akim tak dihantar ke pengasuh . Kakak Nisha jaga dia kat rumah ... susah juga sebab budak kecik ni masih tak nak jalan ... masih terasa sakit kot . Ayah Akim pun sempat balik rumah bagi mandi Akim .

Boring kan Akim kita duduk hospital . Asyik makan tido je .

Sekali sekala mak bawak Akim ke depan main mainan .


Anak manja mak yang sgt baik semasa 7 hari kami di wad KK7 Pedaitrik HKL . Dia hanya nangis time nurse cucuk antibiotik ... sakit la tu . Ayah Akim tak benarkan akak tulis tentang kemalangan Akim ni ... dia takut family dia kat kampung tu risau , diaorang tu cepat panik ... tapi akak perlu menulis juga di sini sebab ini sebahagian dari rencah kehidupan kami .. sebagai pengajaran buat kami dan mereka di luar sana ... Akak cuma mampu berdoa agar seluruh ahli keluarga kami terpelihara dari segala kejadian yang tak diingini dan sihat selalu . Ibubapa mana yang tak risau bila anak-anak sakit ?

 Accident do happen .. so kena beringat selalu . Moga kami sentiasa dalam lindunganNYA.

6 comments:

nikoniko_mama said...

oo.. ameen ka yg bawak beskal.. ingatkan haikal... semoga cepat2 akim sembuh n aktif kembali... sure ameen sedih ingat salah dia kan? sian dia..takpe takpe meen, akim... semoga 2-2 nye ceria seperti sediakala kembali... amin.. ^ ^

zuwaidah said...

moga cepat semboh ameen...nanti raya tak best la kan kaki pakai stokin tebal tuuuuu...kan!!!

NHML said...

sy pernah kena kaki masuk dalm rim tu masa darjah 3,masa tu balik sekolah abg amik,tah mcm mna tetiba rasa sakit tgk2 kaki dah masuk dalm rim tu,tapi belah depan bawah ibu jari kaki,mmg sampai nmpk tulang ler,kasut sekolah pun boleh koyak,n lepas tu daptlah kasut sekolah baru yg diidamkan hahaha.....
eh sy pun pernah bawak ank sedara masa tu dia darjah 3 sy tingkatan 1,balik amik dia mengaji,entah dia duduk mcm mana, tetiba degr org tegur "ank sedara kamu jatuh tu " tgk2 dah kena seret dekat jalan tar muka dia,dari tepi hidung ke tepi telinga, dgn atas mata, masa tu rasa bersalah sangat...tapi dia kata tak sakit,org tegur baru sakit, nasib parut tu hilang kalau tk mesti sy rasa bersalah sangat2....

NHML said...

semoga akim cepat sembuh nanti boleh raya heheh

yantisa said...

terima kasih atas doa kawan2 . Akim dah kembali berjalan . Risau jugak sebab dah seminggu dia tak nak menapak .

mummy said...

cian nye akim mummy doakan kim cepat semboh ye yang....but akim tetap cute.....hehehe :-)D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails