Tuesday, August 14, 2012

Ala kadar saja .... tak baik membazir .

photo from google search ..TQ

Mood raya makin terasa .... lusa dah nak bercuti balik kampung . Syukur gaji dah dapat , bonus pun dah dapat ... kain baju anak-anak pun dah hampir selesai . Cukup sekadar sepasang dua baju baru . Tak nak membazir . Pelik jugak tengok orang yang shopping bagai nak rak untuk anak-anak . Selalu berpesan dengan anak-anak , kita tak perlulah nak bermewah-mewah bab2 beli baju ni ... walaupun kita mampu beli baju branded , kita kena selalu beringat ... cuba bayangkan kita di tempat mereka2 yang kurang berkemampuan . Daripada beli baju baru sampai berhabisan duit lebih baik kita lebihkan bersedekah . Akak bernasib baik sebab anak-anak akak bukan jenis yang demand nak itu ini . Diaorang sendiri yang cakap tak payah belilah mak ... yang ada masih elok .

Akak ada tanya nak handbag baru ke ? anak-anak dara tu cakap tak payah la mak ... lagipun kitaorang bukannya nak pakai sangat ... kita pakai yang tahun lepas je . Kak Una & Nisha pun tak nak kasut baru ... cukup dengan kasut yang ada . Selain sepasang baju kurung & baju casual , anak-anak dara tu cuma minta akak belikan tudung baru . Tahun ni kak Una nak pakai tudung bawal pulak .... ok la tu . Nisha pakai tudung Nur kasih yang mak dia jual ... Meen pulak cuma pakai tudung2 lama mak dia je ... banyak tudung saiz S dan M yang akak dah tak sanggup pakai ... semua masih elok .... pilih je mana nak ..ada yg mahal & ada yg murah ... sekarang ni anak2 dah tak boleh merungut tak cukup tudung .

.... apa pun persiapan kita , kena ukur baju di badan sendiri ... jangan sampai membazir dan yang paling penting jangan sampai nampak riak di mata orang lain ...... minta dijauhkan .

1 comment:

ch@ said...

bagus sgt boleh turun temurun. thn ni, kita pun tak beria-ia buat persiapan. thn lps je yg meriah. thn ni, baju baru sorg satu, lbh sikit ja utk anak2 sbb baju raya skali dgn baju jln2 yg dh senteng, dh berbulu. takpela pk2 kerja pun tuk dorang kak. anak2 akak tu mcm kita, tak pandai demand. hahaaa. tu yg bila abi tanya, umi nak apa...sampai dh blk shopping satu apa kita tak beli. kehkehkeh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails