Van putih ya .... bukan Avanza putih di atas ni
Penculik menaiki van putih kembali lagi .... semalam kes ni berlaku berdekatan dengan sekolah akak . Akak dapat tau van tersebut dinaiki 4/5 orang lelaki berbangsa Cina . Mereka ni mengumpan murid sekolah rendah dengan duit ... katanya duit raya ... nyaris-nyaris la budak tu ditarik masuk ke dalam van . Nasib baik tindakan bijak dia menyelamatkan diri dia . Membayangkan keadaan tersebut dah buat akak rasa ngeri .
Cikgu bertugas selalunya akan bertugas sehingga 30 minit -1 jam selepas waktu persekolahan ... kalau mak bapak budak2 tu lewat datang takkan cikgu pulak nak kena hantar ke rumah kecuali la kes emergency . Apa yang kami boleh buat , minta murid yang parents ambik lewat ni tunggu dalam kawasan sekolah , jangan tunggu di kaki lima jalan .
Cuba korang google ' penculik menaiki van putih' .... banyak juga cerita yang hampir sama .... so parents di luar sana ... tolong la alert dengan perkara ni ... ingatkan anak-anak tentang bahayanya orang asing yang mereka tak kenali ni .... tambah-tambah lagi kalau anak-anak kita masih kecik dan tak berapa nak faham bahasa ... tak kira la van putih ke , van hitam ke or apa color sekalipun kecualilah Avanza Putih teacher Yanti ..... semua anak-anak kita mesti dingatkan tentang bahaya sekeliling mereka di mana saja mereka berada .
* moga anak-anak kita semua sentiasa dalam lindunganNYA .... beringat sebelum kena . menyesal dulu pendapatan , menyesal kemudian takde gunanya .
3 comments:
Makin menjadi-jadi kan cg!
ishk. macam2 kes kan sekarang ni kak... risau betul...
Etty , memang bahaya menanti anak-anak kita di mana2. Risau sangat.
Hana , semua tempat dah tak selamat sekaang , so kena alert sentiasa.
Post a Comment