photo from google search ..TQ
Salam Jumaat , Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 ... selamat bercuti . Tajuk di atas sepadan dengan entry akak pagi ni . memang tragis sungguh la ... boleh masuk hari ini dalam sejarah hidup akak & abang misai .... sambut merdeka macam anak-anak muda sampai siang baru balik rumah .
Ini la bahananya kalau selalu sangat curi-curi keluaq berdating tanpa anak-anak . Sejak kami masuk rumah baru ni , tak pernah lagi keluar berdua macam dulu .... so selepas anak-anak tido semalam akak dengan abang misai keluar merempit JJCM ... tapi kali ni kami naik keta . Sebelum keluar akak siap tanya abang misai ... " Kunci rumah dah bawak ke ?" ... dia jawab ada tapi dia lupa yang kunci rumah dia dah keluarkan dari rangkaian kunci keta dia sebelum dia pi outstation hari tu untuk bagi pada Nisha . Kami tak sempat nak duplicate lagi kunci rumah baru ni .
Kami berdua pun keluar la pi makan Chicken Mandi di restoran Tok Arab .... sambil2 tu tengok bunga api . Kami balik jam 12.30 tgh malam . Nak masuk rumah baru perasan kunci rumah takde .... alamak .... call rumah berpuluh2 kali takde sapa yang angkat .... Haikal yang tido kat ruang tamu pun takkan tak dengaq . Bertuah punya anak-anak ... semua tido mati .
So nak buat macam mana ? ... dah pukul 1 pagi ... kami pun tido dalam keta la .... akak tak boleh tido langsung tapi orang sebelah tu tidur sampai berdengkur . Boringnya nak tunggu subuh ... try lagi call rumah , masih tak berjawab .
Kami pi solat subuh di Masjid Sri Rampai . Lepas tu call lagi ... sah tak bangun budak2 tu ... kami tala ke kedai mamak .. breakfast dulu . Lepas breakfast baru la Nisha call tanya mak dan ayah pi mana ? Lega baru la boleh balik rumah .... anak-anak siap gelakkan mak ayah depa .... Meen cakap " Tu la ... mak pi makan tak ajak kitaorang " . Amik kau ! menyucuk je kalbu .... tak boleh nak marah sapa pun ..redha saja la .... salah sendiri pun .
So kelas tambahan yang akak plan nak buat di rumah pagi ni ditunda ke sebelah malam ... balik rumah tadi dapat la lelap kejap ... tak boleh nak cover tido balik sebab banyak keja rumah yang menunggu . Nanti lepas Zohor qada balik tido semalam .
Pengajaran dari cerita di atas , jangan selalu curi2 keluar malam tanpa pengetahuan anak-anak . Konon nak dating la semalam ..... haaaaa puas sungguh .. dating sampai pagi .
2 comments:
salam k.yanti...gelak atie baca n3 ni.Kan dah trkantoi ngan anak2...
hihi.. lawak je akak ni...
tu memang dating sungguh tu..
romantik berdua dalam kereta.. hehe. =P
Post a Comment