Sunday, September 9, 2012

Baliknya kejap sangat .... terubat rindu

Syukur Alhamdulillah abang misai dapat balik rumah minggu ni ... dapat la kami anak beranak melepaskan rindu ..... tapi kejap je ... malam ni dah nak bertolak ke sana semula .... terpaksa la menanggung rindu seminggu lagi .

Semalam kami bersekolah ganti ... hari ni kami nak habiskan masa bersama dia . Ada beberapa jemputan open house hari ni tapi minta maaf la kawan-kawan .... maybe akan attend 1 open house sahaja sebab plan nak ke satu tempat cari barang rumah .


Kesian budak kecik ni tak puas bermanja dengan ayah ... perangai dia makin menjadi-jadi sejak ayah outstation ni . Selalunya ayah la yang layan dia di rumah .... anak manja ayah ni .Takde ayah mak la jadi mangsa .

Lusa budak2 dah nak UPSR ... debaran makin terasa . Moga anak-anak didik kami dapat menjawab dengan cemerlang ... doa teacher sentiasa bersama korang . Buat yang terbaik .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails