Thursday, September 13, 2012
Kita MELUAT orang , Orang lagi MELUAT dengan perangai kita .
Dalam hidup ini kita tak boleh lari dari perasaan ' MELUAT ' dengan perangai sipolan dan sipolan ... dan dalam masa yang sama kita tak sedar orang lain pun mungkin meluat dengan perangai kita .
Betul kata pepatah ' Rambut sama hitam hati lain - lain ' . Lagi lama kita hidup , lagi banyak la pengalaman kita berhadapan dengan bermacam jenis peel manusia .... ada yang nampak baik , tapi belakang kita ********* .... so annoying .
So sekarang ni akak lebih banyak berdiam je kalau ada perasaan marah ke , meluat ke , sakit hati ke dan segala macam perasaan buruk yang lahir di hati ... daripada menulis di fb ... kadang2 akak ada juga coretkan di blog tapi secara indirect ... kerana perasaan marah dan meluat ini boleh jadi reda dan sejuk sikit bila diluahkan .
Satu lagi , mak akak selalu pesan ... kalau marah dengan suami dan adik beradik or sanak saudara ..jangan tulis di fb sebab nanti satu dunia tau masalah kita ... in the end sapa yang malu , kita dan keluarga kita juga. Orang akan dapat menilai kita dari tutur kata dan perbuatan . Kalau rindu rinduan pun Tok Som kata tak payah la tulis ... macam dia sorang je ada laki ... tapi bab tu akak selalu ingkar , dah terbiasa cuma dah kurang sikit report rindu-rinduan di wall fb .
* sedar diri ... akak pun ada 10 perangai pelik yang boleh buat orang meluat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri . Entah2 baca statement ni pun dah buat korang rasa annoying .
Labels:
cerita aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment