Bini abang misai pun tak kurang hebatnya ... orang lain kalau takdak laki , makan tak lalu , tidur tak lena , mandi sure-sure basah punya ... akak pulak terbalik , makan makin lalu dan tido selalunya letak kepala terus zzzzzzzzzzzzzzz .... badan dah terasa semakin memberat ... peha dah hampir bertemu ... takut nak naik atas penimbang .
ANAK-ANAK
Hero yang lagi sorang tu pun dah mula batuk dan selsema ... tapi dia tu banyak auta daripada fakta ... kadang2 alasan yang dia bagi tak boleh pakai . Hari ni dia tak ke sekolah agama ... katanya pening , nangis macam sakit sungguh ... malas nak layan , akak suruh je dia tidoq dan jangan harap nak keluar pi main dengan kawan-kawan ... kata tak sihat kan ? mana boleh keluaq rumah . Duduk la mengadap tv sampai malam .
Meen pulak terlibat dengan perlawanan sofbol luar musim sejak hari Selasa ... sekolah kitaorang dapat naib johan bagi team perempuan . Tahniah jurulatih ( juruletih) sekolah , Cikgu Haiyazi yang tak jemu2 latih diaorang pagi petang ... Meen dah lama tak pi sekolah agama sebab terlibat dengan latihan Sofbol ... akak bagi dia peluang dan galakkan dia sebab tak nak dia jadi kaki bangku macam mak dia .... semua game tak reti main . Kat maktab dulu aktif dengan aktiviti rekreasi luar je .. tapi di sekolah mana ada aktiviti macam tu .
Nisha pulak tak banyak cerita tentang budak debab tu .... makin membesaq bagai johan ... saingan tak sihat bersama mak dia ... cakap je nak diet , tapi entah bila nak start entah ... sikit hari lagi baju mak hang pun dah tak boleh Nisha pakai . Sejak ayah outstation ni Nisha kena pi dan balik sekolah jalan kaki ... muka monyok je bila balik ... penat sangat la tu . Takpa , bukannya mak tak boleh pi ambik cuma mak nak bagi Nisha exercise skit .
Husna dah banyak hari tak call rumah ... rasanya dia tengah busy dengan exam or test kot ? rindu la pulak dengan anak sulung kami ni .
1 comment:
asal lalu makan belasah jek...hehe..janji sihat...
Post a Comment