Wednesday, October 3, 2012

Bila rindu bertandang lagi , satu kerja pun tak menjadi .

picture from google search .. TQ

Rindu itu indah walaupun hakikatnya amat memedihkan ... dah sebulan lebih dia berjauhan dari kami . Masa dia mula pergi dulu memang berduka lara hati akak ni ... now dah ok sikit tapi kadang-kadang akak tak mampu bendung jugak . Luaran nampak ceria tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu .... malam ni akak amat rindukan dia . Tambah sedih bila dia bagitau yang dia kena duty 24 jam hari Jumaat ni dan Sabtu pulak kena standby dekat sana .

Bila dah angau tu , tau - tau saja la ... banyak kerja tak menjadi . Dah tiga hari malas benar nak masak , ditambah pulak dengan badan tak berapa sihat . Tengahari beli je lauk dari kantin sekolah . Malam anak-anak makan nugget or maggie je . Kesian anak-anak mak . Malam nanti mak cuba cari mood untuk masak .. peti ais kita masih penuh .

Chaiyok emak ! jangan layan sangat penyakit M tu .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails