Akak nak ucapkan terima kasih buat yang sudi singgah sini walaupun blog KAMI jarang di-update lately . Biasa la kan .. alasan skema " Busy tahap gaban ". Memang sibuk pun , banyak kerja yang nak kena didahulukan ... walau macam mana sibuk pun hidup mesti diteruskan , merungut pun tak guna , sekadar melepaskan stress kepada mereka yang sepatutnya ... kalau boleh tak nak tulis di blog , sebab akhirnya kesan akan terpalit pada diri sendiri jugak ... so , kalau larat buat .. tak larat , buat la yang termampu .
Tugas sekarang semakin mencabar ... dah tak sama masa akak mula-mula mengajar dulu yang tugasnya lebih tertumpu kepada mendidik anak-anak orang . Dulu lain , sekarang lain ... tapi kan ... rasanya ada solution yang boleh dibuat supaya fokus utama akan tertumpu pada anak didik ... macam-macam dasar keluar skrg , itu belum ditambah dengan kerja-kerja tambahan yang perlu dibuat untuk memenuhi kehendak dasar-dasar ni ... demi rezeki yang halal , ikut saja walaupun dalam hati asyik mengomel saja .
* ops... terlebih la pulak ... tadi kata tak nak merungut .
rindu pada mereka berdua
Itu bab kerja , belum masuk lagi kerja-kerja dirumah ... maid tak berbayar la katakan ... asal bukak mata je , kerja ..kerja..kerja ...sebab tu kalau dapat peluang tido , terasa nikmatnya ... cuti hari ni dah berbaris tugas menunggu ... nak kemas rumah yang dah macam tongkang pecah , malu kalau orang mai bertandang . Then , nak menyental toilet .. tak sempat nak buat cuti hujung minggu .. ada agenda lain hari tu ... nak basuh kain baju yg dah menimbun ... nak siapkan kertas soalan periksa ... all in one . Rasanya PC ni akan sentiasa on ... harap-harap mata memberi kerjasama yang baik .
Esok abang misai akan bergerak ke Penang ... duty sempena PRU . Minggu depan baru balik .. dia takde lagi la double penat nanti . Anak-anak akan dikerah untuk menolong ... walaupun depa tak minta upah , kadang-kadang tu akak bagi jugak , bergantung kepada tahap kerajinan diaorang .
ok ... stop sini dulu ... nak pi sambung mengemas . Kalau ada masa dan ada mood akak menulis lagi.
2 comments:
Salam kak yanti....slmt hari pekerja.walaupon cuti sibuk mengemas ya.Klu hari brkerja..mmg penat nk kemas bagai....
W/salam atie.
mmg penat buat kerja rumah hari ni .. berbaloi sebab rumah dah kemas .
Post a Comment