Thursday, May 23, 2013

Tersangat la sibuk

Sehari dua ni memang rasa penat sangat ... orang tak nampak apa yang kita buat .. so susah skit depa nak faham . Buka je mata kerja..kerja..kerja . Settlekan kerja-kerja sekolah dulu ... kemudian kerja rumah pulak ... pagi tadi mengemas lagi mana-mana yang patut .. lantai 1 rumah dah dimop ... budak kecik tu pun dah di-warning jangan buat sepah . Sejak dua menjak ni dia agak sensitif ... tak boleh marah sikit dah tarik muka ... anak sapa la tu .. sejibik perangai mak dia ...hahaha

Now duduk depan pc pulak nak sediakan worksheet untuk homework anak-anak orang di masa cuti sekolah . Ada 3 kelas dan yang pastinya tahun 6 akan dapat paling banyak la .

Debaran sangat terasa sekarang ... sedih nak meninggalkan anak-anak ... moga akak kuat .. moga depa berlima sentiasa dalam lindunganNYA .. terima kasih buat MIL dan adik-adik yang sanggup jaga anak-anak kami .

behave ya anak-anak semasa ketiadaan mak dan ayah ... love you all so muchhhhhhhhhh

Ok akak stop sini dulu ... kalau sempat akak masuk menulis lagi . TQ sudi singgah sini dan Terima kasih atas doa-doa kawan-kawan semua .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails