Tuesday, July 16, 2013

Cepat pancit lately .



Assalamualaikum ,

Akak agak sibuk minggu ni .. so penghantaran hadiah GA yang seterusnya hanya dapat dibuat Jumaat petang or selewat-lewatnya Isnin minggu depan .. akak masih menunggu email daripada 3 orang pemenang iaitu Hafiza AizZawa, Zue Damia dan Suki Man . Akak dah terima email drpd Adams Ayens semalam .

Jumaat ni akak ada interview untuk naik skim baru .. berdebar ni .. harap semuanya berjalan lancar .. malam ni dok sediakan dokumen2 yang perlu dibawa bersama . Dah lama tak kena interview ni ... harap depa tak bagi soalan yang susah-susah dekat cikgu tua ni . Ada la study sikit-sikit .. takut jugak nanti disoal terdiam tak boleh nak jawab .

Minggu yang memenatkan ... minggu ni akak dah start berpuasa ... kelas gerak gempur dah bermula , kelas tambahan lagi .. meeting2 ... minggu ni jugak giliran akak bertugas ... petang nak kena masak untuk berbuka ... bangun pulak awal untuk sediakan juadah untuk bersahur ... memang pancit akak dibuatnya . Masa free di sekolah senang-senang je akak boleh terlelap di meja .

ok .. stop sini dulu .. banyak kerja menanti sedangkan mata dah mengantuk sangat .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails