Syukur atas segala nikmat yang dikurniakanNYA ... cukup terharu . Lepas satu , satu lagi berita gembira diterima . banyak doa yang telah DIA makbulkan . DIA juga telah memudahkan banyak urusan kami sekeluarga . Daripada kejayaan anak-anak , adik-adik dan baru-baru ni dapat APC untuk kali kedua . Hari ni terima satu lagi berita gembira . Dah dapat surat interview yang ditunggu -tunggu sejak habis belajar . Kalau berjaya dalam interview nanti , akak masuk ke skim baru ... bukan pangkat yang akak kejar ... tapi nanti akan menyusul juga penambahan rezeki untuk kami sekeluarga .
Terasa pengorbanan ahli keluarga yang selama ni banyak memberikan sokongan kepada akak berbalas akhirnya . Dah call mak tadi , mak pun akan doakan semuanya berjalan lancar . Kalau ada rezeki baru nanti maka rezeki untuk emak pun akan ditambah .. itu janji akak pada emak . Kadang-kala kita rasa diri kita tak cukup bertuah berbanding orang lain .. sebenarnya kita silap . Allah nak menguji sejauh mana kesabaran kita , juga sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA . Jangan berhenti memohon padaNYA dan sentiasalah bersyukurlah atas segala pemberianNYA tak kira kecil mahupun besar . Itulah pesanan buat diri sendiri .
* Tengah mengumpul semangat untuk menjadi seorang yang lebih ceria . Mahu buat semula hobi-hobi yang boleh menggembirakan hati . Bila hati seronok baru buat benda lain pun bersemangat . Kalau boleh tak nak jadi seorang yg terlampau sensitif ... susahkan diri sendiri bila asyik terasa , even dalam perkara yang remeh-temeh.
No comments:
Post a Comment