Tuesday, July 2, 2013

Egypt Part 5 : Iskandariah ( Alexander )

  

Sarapan pagi seawal 6 pagi di hotel penginapan . Pukul 7 pagi bas sudah menunggu  ... pagi ni kami dibawa ke Iskandariah atau dikenali juga dengan Alexander sejauh 240 km dari Cairo . perjalanan melalui highway merentasi padang pasir mengambil masa hampir 3 jam . Ia merupakan bandar kedua terbesar di Mesir dan mempunyai lebih kurang 8 juta penduduk . 


Sekarang di Mesir keadaan sedang bergolak .. nasib baik la masa kami ke sana bulan lepas keadaan masih terkawal .. tapi ada juga lawatan kami ke sesetengah tempat diescort oleh polis . Kak Una siap nazar lagi kalau mak dan ayah balik dengan selamat , dia nak puasa dua hari dan minggu lepas dia dah bayar nazarnya tu . Setiba di Alexander kami dibawa melawat ke Montaza Palace & Gardens iaitu tempat penginapan King Farouk , the last king of Egypt . 

Cantik view disini , berbeza sungguh dengan permandangan di Cairo . Di Alexander juga tahap kebersihannya juga lebih baik . Kami diberi lebih kurang 30 minit untuk turun dan mengambil gambar . 

Jelas kelihatan laut Mediteranean yang jernih airnya .



My abang misai yang bertukar menjadi seorang yg suka bergambar ... akak pulak yg malas nak pegang kamera.


Selepas melawat kawasan palace ni kami dibawa ke Masjid Mursi Abu Abbas dan solat di situ . Seleps solat lawatan disambung mengelilingi Alexander . Kami turun singgah di kawasan Mediteranean Light house . 

Alexander menjadi pilihan orang Mesir untuk bercuti . Pantainya cantik dan jernih ... kat sini boleh kita lihat orang perempuan mandi pakai jubah .


Di sini juga lebih aman kalau nak membeli ... takde paksaan oleh peniaga-peniaganya . 




Akak hanya beli FM dan keychain je ... yang lain tak begitu menarik minat akak ... banyak cenderahati yang berbentuk kepala binatang dan firaun je . Sebelum bertolak balik bas membawa kami mengelilingi Alexander , melalui kawsan perpustakaan pertama di Alexander .. then kami singgah makan di sebuah restoran di sini , kali ni kami dapat makan ikan bakar ... tapi sudah semestinya tak dapat lawan dengan ikan bakar di tempat kita . Selesai makan kami bertolak balik ke Cairo . Perjalanan pada hari itu agak memenatkan .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails