Sunday, July 7, 2013

Melaksa di hujung minggu



Assalamualaikum , 
Semalam tak semena - mena akak terasa teringin nak layan drama korea ... bukannya boleh dilayan sebab kalau dah mula , memang nak tengok sampai habis .. akhirnya akak tidur jam 3.30 pagi ... sampai akak tak sedar langsung azan dari surau sebelah blok kami .. abang misai balik dari surau baru dia kejut akak .. alarm pun akak tak dengar ... bahaya kalau layan tabiat ni selalu . 

Semalam akak dan abang misai dah plan nak ke market awal pagi .. lepas solat boleh akak terlelap semula .. so kami pi lewat sikit la selepas abg misai beli breakfast untuk anak-anak. Kami dah lama tak merempit berdua .. sebelum ke market , kami singgah breakfast di pelita dulu . 


Hari ni kami melaksa sampai ke malam ... dalam rumah ni ramai hantu laksa ... abang misai sorang je yang tak berapa layan laksa ni , dia boleh makan semangkuk dua je , kami pulak melantak bermangkuk-mangkuk selagi kuah tak kering . Kak Una balik ke rumah minggu ni , so makin meriah kami melaksa . 


Alhamdulillah licin juga laksa kami ni .. dapat juga hantar ke jiran sebelah menyebelah . Bulan puasa selalunya akak tak buat laksa sebab tak dapat makan berulang-ulang di waktu siang .. tak berbaloi masak sendiri .. kalau teringin akak beli je . 

Aktiviti malam ni nak siapkan satu laporan aktiviti panitia seni , nak print gambar untuk laporan pantun dan kalau sempat nak prepare worksheets utk murid tahun 6 . Itu pun kalau Encik Mood dan Cik Mata memberi kerjasama yang baik . 

Abang misai tengah busy mencuci akuarium yang dah berkelodak dibantu oleh dua orang pak sibuk ... sejak kami pergi umrah akuarium tu diletak di luar rumah bersebelahan pintu masuk sebab masa tu kami minta jiran tolong bagi makan ikan-ikan tu ... malam ni akuarium tu dibawak masuk semula ke ruang tamu setelah puas bini abang misai pot pet pot pet . 

Esok sekolah kitaorang bercuti sempena sukan tahunan semalam .. bestnya ada satu hari lagi untuk berehat .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails