Friday, July 19, 2013

Ziarah Egypt Part 6 : Tak percaya tapi setelah melihat sendiri ..


Ada beberapa kejutan ketika akak mula menjejakkan kaki ke kota Kaherah ... kami sampai awal pagi , pukul 4.15 a.m. tapi langit dah cerah . Masa tu masing-masing kepenatan , tapi tak terus dibawa ke hotel sebaliknya dibawa melawat ke Al-Sadat Tomb . Apa sebenarnya yang mengejutkan akak ? pertamanya permandangan Kota Kaherah itu sendiri , akak sangkakan Cairo sebuah kota yang mewah , yang cantik dan bersih . Tapi sangkaan akak agak meleset .


Trafik di Cairo agak sesak ... mempunyai penduduk yang padat , sudah tentulah jumlah kenderaannya pun banyak . Memang rata-rata jalan di Cairo penuh dengan pelbagai jenis kenderaan , dari yang besar hinggalah ke kereta kuda . Sungguh happening . Kurang kelihatan kereta - kereta mewah seperti yang kami lihat di kota mekah dan Madinah . Di Cairo rata - rata penduduknya menggunakan kereta lama . Kereta baru pun akak nampak macam lama . Kenapa macam tu pulak ?


Di Cairo susah nak nampak traffic light ... semua pemandu berkomunikasi menggunakan hon . Sana sini kedengaran hon kenderaan ... agak bingit terutamanya di kawasan tumpuan ramai . Hampir semua kereta yang akak nampak , mesti ada kesan calar dan kemek di kiri kanannya ... so korang boleh bayangkan betapa ganasnya orang Cairo memandu . Kalau setakat bergesel sikit-sikit tu diaorang biarkan je , mana ada nak turun tengok .. Sayang kalau kita tengok kereta baru dah bercalar kiri kanannya .



Ternampak keretapi ni semasa dalam perjalanan ke Iskandariah ( Alexander ) . 


Bandar yang sentiasa sibuk . 


Nampak menarikkan untuk membeli-belah tapi hakikatnya sedikit menakutkan bila dah mengalaminya sendiri . 


Satu lagi perkara yang membuatkan akak terkejut sangat bila sampai di Cairo ialah tahap kebersihannya ... Sungguh tak disangka sampai begini rupanya . Rasanya akak tak nampak la or akak yang terlepas pandang .. takde tong sampah pun di tepi jalan atau kaki lima . Semua main buang sampah ikut suka hati je . Semak mata , macam tu la jugak semak jiwa melihat panorama ni .


Tapak pembuangan sampah ditengah-tengah bandar .. kalau di tempat kita tapak pembuangan sampah ni di kawasan yang jauh dari kawasan penempatan or jauh dari pandangan umum . Di Cairo kita boleh lihat view ni mana-mana saja . Terdetik dihati ...eeeeee pengotornya depa ni ... tapi kita tak tahu puncanya so better jangan komen lebih-lebih .


Atas bumbung pun jadi tempah pembuangan sampah .. penuh kayu-kayu dan besi-besi .. dekat bawah bangunan ni ada orang tinggal tau ... nampak daif benar kan? Ini bukan di kawasan pendalaman , ni salah satu view dalam kawasan bandar .


Permandangan biasa di Cairo ... kalau pertama kali tengok sure korang pun terkejut . Orang kata di bahagian dalam rumah diaorang ni cantik , tapi alangkah bagusnya kalau luar dan dalam sama cantik ... sejuk mata memandang . 


Sampah di mana-mana ... tak sanggup nak lihat , tapi diaorang dah biasa dengan permandangan macam ni ... tak nampak pun lori sampah ... tukang sapu sampah pun takde . Dekat Iskandariah ok bersih cuma di Kaherah ni sangat diluar jangkaan .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails