Thursday, August 15, 2013

Cerita Pagi Raya ... bergambar itu mesti



Assalamualaikum semua ... dah lama benar rasanya tak update blog . Semua masih dalam mood raya . Blog rakan-rakan lain pun sunyi sepi ... masing-masing masih di kampung kot . Alhamdulillah kami dah selamat sampai ke sarang (KL) Ahad malam . 

Ok sekarang dah ada banyak masa nak mengadap blog ... boleh la menulis sedikit tentang pengalaman raya kami kali ini . Ceritanya lebih kurang sama je sebab dah jadi rutin kami sekeluarga di hari lebaran . Rumah Tok Som dah padat dengan anak cucu , so kami menginap di istana hinggap kami la ... seawal 7.30 pagi , kami dah ke rumah Tok Som ... menu raya kali ni ialah nasi arab dan kambing kabshah .. sedappppp .. adik akak yang masak . Menu tambahan sudah tentu laksa .. yang ni akak yang masak atas permintaan adik-adik . Selepas sarapan , ada yang ke masjid .. akak cuti so tak dapat le nak join sama :( 



Selepas balik masjid ... photographers tak bertauliah pun keluar mencari spot yang cantik untuk bergambar .. kalau ikut plan asal .. tahun ni nak bergambar di sebelah rumah arwah Tok wan tapi terpaksa ditukar sebab masa semua orang dah ready nak bergambar , cuaca tak mengizinkan .. dah agak panas time tu .. tak sesuai nak bergambar dengan anak-anak kecik .. mood depa pun nak kena jaga juga . 


Ini aktiviti sebelum bergambar keluarga ... bagi kanak-kanak ribena ni happy dulu dengan mengutip duit raya daripada mak-mak sedara depa . 


Selepas bermaaf-maafan semua diarah keluar untuk ambik gambar ... dulu masa ahli keluarga masih kecil kami bergambar dalam rumah je , bila dah bertambah umat ni dah tak sesuai bergambar dalam rumah ... bergambar di luar pun dah tak banyak pilihan spot yang sesuai .. laman tok som yang dah semakin sempit , ditambah pula dengan kereta anak menantu .. so takde pilihan lain selain underneath pokok kelapak la tempat pilihan kami . 


Gambar family adik-adik .. cik Mah sampai lambat so takde la dalam gambar keluarga .

 My sis and her family ... beza umur kami setahun je . 


Ini antara gambar favourite akak .. gambar yang formal pun ada ... cukup la yang ni saja untuk kali ni . Moga ikatan kasih sayang kami adik beradik kekal hingga hujung nyawa . Selisih faham sikit-sikit tu adat la . Yang penting kita saling hormat menghormati dan ambik berat antara satu sama lain . Kak ti sayang korang semua .

Syukur kita masih boleh hidup aman damai .. masih boleh berkumpul adik beradik di pagi lebaran ... sangat sedih mengenangkan nasib saudara kita di Mesir . Moga keadaan kembali aman dan moga mereka sentiasa dalam lindunganNYA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails