Thursday, August 22, 2013

Kami akan kembali ke sana .. tunaikan permintaan anak-anak



Mak dan Kak Una dah pernah ke KK on Sept 2011 . Hadiah percutian 3 hari yang diberi oleh maklang Pdah ( adik akak ) . Pergi dulu kami menginap di sini satu malam dan di Kompleks Tabung Haji pada malam kedua .. maklang bagi kami merasa duduk hotel ni ... best sangat dengan view yang sangat cantik .



View sunset yang sangat cantik dari tingkap bilik kami .. terima kasih maklang bagi kami peluang yang indah ini dulu .


Pergi kali ni tak dapek la nak sewa bilik macam ni .. kita sewa bilik kompleks Tabung Haji je la ya ... or maybe kita akan tinggal di homestay sebab maklang dan keluarga makngah pun akan pergi sama . 

Mak dan ayah nak bawak anak-anak ke KK cuti sekolah bulan 11 nanti . Dulu susah nak ajak ayah bawak anak-anak naik flight sebab katanya kos tinggi dan kami tak mampu . Takpelah ayah ... untuk memenuhi impian anak-anak mak rela berkorban . Mak dah start menabung selepas kita balik umrah dan duit APC yang mak dapat pun mak gunakan untuk tujuan ini . 


Korang faham-faham saja la , dengan 5 anak ni mana mampu kami bawak depa pi melancong . Tapi kali ni mak dah janji dan janji mesti dicapati ...opss ditepati .... Alhamdulillah duit untuk tiket dah cukup .. dan tadi maklang dah tolong booking tiket untuk kitaorang . Mak mana pernah buat tu semua so mak harapkan maklang untuk tolong mak . Terima kasih maklang Pdah . Kali ni pergi bukan naik AirAsia , bila dok congak-congak lebih kurang sama je harga so kali ni mak decided bagi anak-anak mak merasa puas , so kita akan naik Mas  . 


Keduanya nak bagi depa merasa makan seafood di tepi pantai , kita makan puas - puas ... masa pergi situ dulu mak asyik dok membayangkan kalaulah anak-anak mak yang lain ada bersama ... itu la hati seorang ibu kan ? Sentiasa ingatkan anak ... kalau boleh nak share kegembiraan dengan suami dan anak-anak .


Then , nak borong brooch mutiara banyak-banyak . Tak nak beli gelang or rantai mutiara lagi sebab kami tak pakai pun . Brooch memang sentiasa guna .


Nak bawak Akim pi sini .. dia tengok gambar-gambar lembu ni pun dah teruja sangat si kecik tu . Dah dapat bayangkan betapa seronoknya dia nanti bila dapat tengok lembu-lembu ni depan mata . Dia sangat suka binatang . Ada lagi tempat-tempat menarik yang kami plan nak lawati di KK nanti .


Dan yang pasti nak bawak depa pi snorkeling jugak . Anak-anak pun dah siap menabung sama .. Mak hanya mampu bagi duit tiket .. kalau korang nak membeli-belah di sana nanti gunalah duit sendiri ya . Moga percutian kita kali ni akan membuatkan anak-anak mak happy macam kita pi bercuti ke Perhentian dulu . Insha Allah kalau ada rezeki kita pi Perhentian or Redang lagi sekali next year ... so jom penuhkan tabung 'makan angin' kita ya anak-anak .





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails