Assalamualaikum ,
Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Aidilfitri ... Ada yang dah pulang ke kampung . Kami masih di KL sebab abang misai masih kerja . Maybe malam besok or Isnin subuh kami akan bergerak balik ke kampung . Rindu sangat-sangat pada orang di atas tu ... dua tiga hari lepas Tok Som jatuh di ruang tamu dan tak boleh nak bergerak sangat .. jalan pun berpimpin . Rasa nak terbang balik je . Nasib baik ada adik-adik yang menemani emak . Tadi call mak kata dia dah sihat sikit , dah boleh jalan .. mungkin semangat seorang ibu bila anak-anak balik ke kampung . Adik2 akak ada yang dah pulang ... kali ni lebih ramai sebab depa tak balik beraya di rumah mertua .
Ini teman baru Tok Som ... lebih manja daripada anak-anak tok som . Dulu tok som tolong jagakan emak dia , sekarang anak Si putih pula menjadi peneman tok som . Nama kucing baru ni pun putih juga tapi putih yang ni tak segebu emaknya ( kucing parsi kepunyaan adik lelaki akak ) ... maybe dah dikacukan dengan kucing kampung kot . Putih sangat manja ... asyik nak menempel dengan Tok Som .. tidur pun dengan Tok Som . Tengok la gambar yanga dik bongsu akak ambik ni . Tentu budak Akim suka bila balik kampung nanti . Anak-anak dara akak pulak takutkan kucing terutamanya Meen . Boleh menjerit kalau kucing datang dekat dia .
Tok som tengah menjahit baju raya ... putih sibuk je nak menempel duduk atas riba . Emak ... tunggu kepulangan kami .. Insha Allah kami akan duduk di kampung selama hampir 2 minggu .
No comments:
Post a Comment