Raya ke 4 akak ke rumah bekas guru akak di kampung . Cikgu yang satu ni tak pernah terputus hubungan dengan akak sejak meninggalkan sekolah menengah . Kenduri kahwin akak dia datang , kenduri adik2 pun dia hadir . Akak dah anggap macam ayah sendiri , lagipun nama cikgu ni sama dengan ayah akak . Selepas arwah abah meninggal cikgu Isa banyak mengambil berat tentang kami adik beradik . Dia selalu beri nasihat dan semangat juga beri kami sumbangan time exam . Pernah dia belikan payung untuk adik akak sebab adik akak time tu nak exam supaya memudahkan urusan dia ke sekolah jika hari hujan .
Tiap-tiap tahun Cikgu Isa tak lupa hantar kad raya untuk akak . Jasa cikgu tetap kami kenang hingga akhir hayat . Itu cerita tentang Cikgu Isa . Ada lagi seorang cikgu yang akak cukup rapat . Cikgu ni adalah lecturer akak masa di maktab dulu . Al-Fatihah untuk Mr.Amran Lee yang telah kembali ke rahmatullah tahun lepas . Sedih sangat kehilangan guru yang mengambil berat tentang akak . Dia banyak bagi nasihat dan selalu bertanya khabar di fb .
Ini pula cerita Cikgu Yanti dan anak-anak didiknya . Teacher rasa happy sangat terima kunjungan dari bekas anak-anak murid ni ( 2003 ) . Kejap je dah 10 tahun berlalu . Ada yang dah kawin dan ada anak , ada yg baru kahwin dan bertunang dan ramai lagi yg masih solo . Rasa ralat sangat bila teacher tak mampu nak ingat muka beberapa orang daripada mereka . Dah lupa muka depa masa budak-budak dulu . Kalau tengok gambar insha Allah teacher ingat . Maaf sangat-sangat ... tapi yang sepatutnya muridlah perlu ingat akan cikgunya , kalau cikgu tak ingat anak murid boleh dimaafkan lagi sebab anak-anak murid cikgu ramai dan cikgu makin berumur dan ingatan pun dah makin berkurang .
Sorry juga la ya teacher tak dapat nak prepare macam-macam juadah . Hanya sekadar laksa dan keropok je . Kalau buat aktiviti macam ni tiap-tiap tahun pun bagus . Ingat ya hubungan cikgu dan anak murid takkan putus selagi kita mahukan ia terus berkekalan . Teacher korang ni jenis yang tak pandai sangat nak bersembang , so harap2 korang la yang selalu tegur teacher in future ya .
No comments:
Post a Comment