Semalam masa hari kantin sekolah , akak ditugaskan menjual nasi lemak ... mulanya 2 orang guru tapi partner akak tu kena pi kursus la pulak , so akak la buat sorang-sorang nasi lemak ni ... persediaan akak buat sejak petang khamis lagi dengan mem-blender cili dan tumis hingga masak ... hari Jumaat baru akak masak lagi sekali dengan bahan-bahan lain ... biasanya buat dalam kuali kecik je , kali ni kena buat dalam periuk besaq . risau akak kalau rasanya tak sedap mana . Banyak banyak ni kami perolehi dari sumbangan parents . Tiap-tiap kelas diminta menyumbang 1/2 bahan . So modal yang akak ambik hanyalah RM100 untuk membeli bahan-bahan lain dan alatan membungkus .
Nisha dah bersimen kaki so tak dapat banyak membantu , akak cuma minta dia duduk di meja dan gunting cili kering dan kupas telur dan bawang je . Abang misai pulak tolong akak angkat barang-barang .
Akak bangun seawal 4 pagi untuk masak nasi lemak ni ... bahan lain dah siap malam sebelumnya . Di rumah akak masak 20 pot beras dan sambung lagi 20 pot di sekolah ( lebih kurang 16-17 kilo beras ). Nasib baik la semua nasik masak elok . Takde yang mentah or lembik .
Sedia untuk di bawak ke sekolah .. akak sampai ke sekolah jam 6.45 pagi . Set tempat dan pukul 7.30 dah start menjual . Gerai yang paling awal menjual on that day .
Alhamdulillah habis semua .. ada tinggal baki sikit je dan akak bagi kawan-kawan sebelah sebelum tutup kedai . Terjual sebanyak hampir 170 bungkus . Dapat la untung melebih 2 kali modal . Ok la kan .. buat pun sorang-sorang . Itu je yang termampu . Terima kasih Amanina ( murid tahun 6 ) sebab tolong teacher bungkus sambal . Nak harap Yasmeen , janji tinggal janji . Hilang lesap tinggalkan mak dia sorang-sorang .
masih boleh senyum walaupun penat .
jiran - jiran sebelah
Suasana di awal pagi
Lega semuanya dah selesai ... rasa bersalah juga semalam sebab balik awal daripada yang lain .. akak nak kena pi ke sekolah kak Una sebelum Magrib untuk majlis solat hajat . Memang satu hari yang sangat memenatkan .
No comments:
Post a Comment