Thursday, October 24, 2013

Cubaan hampir menjadi .. jubah serong


Tengok satu website yang jual jubah muslimah ni .. tergoda sangat dengan design jubah tu . Nak beli rasanya mahal sangat la ... so bila dah reti buat jubah ni akak pi la beli kain di Jakel .. untuk 2 pasang jubah ni modalnya RM150 . Bahagian body tu akak letak dua warna , tapi cubaan serongkan kain tu terbwah sikit la .. sepatutnya tinggi sikit lagi serongnya . 

Yang panjang tu akak punya , yang pendek sikit tu untuk adik akak .. akak memang suka pakai jubah yang labuh dari biasa sebab akak suka pakai kasut tumit tinggi . Kalau ikut hati memang tak sabar nak pakai ... tapi sesuai ke pakai ke sekolah ... tak over ke ? 

Mulanya rasa nak share di fb , tapi bila dah share ramai pulak mintak tolong jahitkan .. so akak delete la gambar ni ..  akak bukan tak nak , cuma akak takut tak dapat memuaskan hati pelanggan .. akak belajar buat jubah pun melalui youtube je , setakat untuk lepas pakai anak beranak tu boleh la ... kualiti jahitan tak sebaik tailor . Maaf ya kawan-kawan . 

Abang misai dah merungut ... " Bila nak siap baju abang ? " Insha Allah hujung minggu ni akak siapkan baju dia pulak . Bukan apa buat kolar baju dia tu susah dan remeh so kurang la tumpuan bini dia ke situ . Sorry ya abang .



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails