Wednesday, October 23, 2013

Di sebalik Dhuha

photo from google image .. tq

Allah Subhanahu Wa Tala dalam beberapa ayat, BERSUMPAH DENGAN WAKTU DHUHA... Dalam pembukaan SURAH AS-SYAMS, Allah berfirman, “DEMI MATAHARI DAN DEMI WAKTU DHUHA."... Bahkan, ada surah khas dengan nama “SURAH AD-DHUHA”... Pada pembukaannya, Allah SWT berfirman, “DEMI WAKTU DHUHA.”.. Imam Ar Razi menerangkan bahawa Allah Subhanahu Wa Taala setiap bersumpah dengan sesuatu, MENUNJUKKAN PERKARA ITU ADALAH AGUNG DAN BESAR MANFAATNYA.... 

Apabila Allah bersumpah dengan waktu Dhuha, bererti waktu Dhuha adalah waktu yang sangat penting... Benar, waktu Dhuha adalah waktu yang sangat penting.... Di antara doa Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam: “ALLAHUMMA BAARIK UMMATII FII BUKUURIHAA.” Yang ertinya, “Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.”....

Hal ini menunjukkan bahawa ORANG-ORANG YANG AKTIF DAN BANGUN PADA WAKTU PAGI (WAKTU SUBUH DAN DHUHA) UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH dan mencari nafkah yang halal, dia akan mendapat keberkatan... Sebaliknya, mereka yang terlena dalam mimpi-mimpi dan tidak sempat solat Subuh pada waktunya, tidak mendapat keberkatan itu....

Abu Zar r.a. meriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “BAGI TIAP-TIAP RUAS ANGGOTA TUBUH KAMU HENDAKLAH DIKELUARKAN SEDEKAH BAGINYA SETIAP PAGI... Sekali membaca TASBIH (SUBHANALLAH) adalah sedekah, sekali membaca tahmid (ALHAMDULILLAH) ADALAH SEDEKAH, sekali membaca takbir (ALLAHU AKBAR) ADALAH SEDEKAH, MENYURUH BERBUAT BAIK ADALAH SEDEKAH, dan MENCEGAH KEMUNGKARAN ADALAH SEDEKAH... Dan, SEMUA ITU BOLEH DIGANTI DENGAN DUA RAKAAT SOLAT DHUHA.” (HR Muslim)...

Imam At Tirmidzi dan Imam Atthabrani meriwayatkan sebuah hadith yang menjelaskan bahawa APABILA SESEORANG MELAKSANAKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID, lalu ia berdiam di tempat solatnya sehingga tiba waktu Dhuha, kemudian ia melaksanakan solat Dhuha, ia akan mendapatkan PAHALA SEPERTI NAIK HAJI DAN UMRAH yang sempurna.... Para ulama hadis bersepakat menyatakan bahawa hadith ini kedudukannya hasan shohih...

Jelaslah bahawa SOLAT DHUHA SANGAT PENTING BAGI ORANG BERIMAN... Penting bukan kerana seperti yang banyak dipersepsikan, bahawa solat Dhuha ada hubungannya DENGAN MURAH REZEKI, TETAPI IA PENTING KERANA SUMPAH ALLAH SUBHANAHU WA TAALA DALAM AL-QURAN... Maka, sungguh bahagialah orang-orang beriman yang memulakan waktu paginya dengan solat Subuh berjemaah di masjid, lalu dilanjutkan dengan solat Dhuha.... Ayuhlah, bersama kita laksanakan agar kita memperoleh keberkatannya, Insya-Allah.....


* TQ kawan-kawan yang share this di fb .



TQ abang misai belikan kami buku Ensiklopedia solat ni ... kalau tak tahu dan tak pasti kita belajarlah ... akak admit akak memang banyak kekurangan dalam ilmu agama ni ... bab solat dan mengaji pun masih ada yang tak betul .. bila dah tahu kita elakkan untuk melakukan kesilapan dan lakukan dengan cara yang sepatutnya .

Solat dhuha ni sangat memberi kesan kepada apa yang akak rasai sekarang ni ... dhuha dilakukan bukan hanya kerana ingin memohon dimurahkan rezeki . Itu yang akak salah anggap sebelum ini .. tapi bila dah baca buku ni baru akak tahu yang  rezeki , kasih dan hidayah Allah ini banyak jenisnya ... bukan setakat wang ringgit . 

Kita beroleh rezeki Allah bila dipanjangkan umur ,  beri kita kesihatan yang baik , DIA pelihara keluarga kita dari sebarang musibah . Mohon padanya agar dipelihara hati kita , mulut kita , mata kita dan telinga kita dari melakukan sebarang dosa . Dalam hidup kita seharian kita sangat terdedah untuk melakukan dosa . Bila kita merasa diri kita hebat , kita akan mudah memandang remeh pada perkara dan orang lain .

Yang paling susah sukar untuk elakkan diri adalah dalam bab mengata orang ... dalam dok elak - elak tu pun kekadang terlepas juga . Kita kan manusia biasa tapi kita kena stop bila sedar ... jangan pulak suka menjadi nasi tambah .

Dah melalut panjang ni .. akak bukan apa , bukan nak bagitau dunia apa yang kami buat cuma  nak ajak kawan-kawan sama - sama melakukan solat dhuha , akak pun asalnya ikut kawan juga ... mula-mula takde rasa apa-apa perasaan pun tengok dia buat dhuha setiap pagi tapi lama-lama akak terpengaruh juga .. terima kasih kepada kawan akak tu , dia pun dapat pahala sebab tunjukkan contoh yang baik .

Ada ketikanya kita dibelenggu masalah , diberi musibah . Hidup ini penuh dugaan , sesekali DIA uji kita , sejauh mana kita ingat DIA ... Allah itu maha penyayang ... mintalah padaNYA terutamanya hajat-hajat kita yang tak pernah tertunai sebelum ini , Insha Allah DIA akan makbulkan . 




 — 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails