Wednesday, October 16, 2013

Emak keletihan

Assalamualaikum ,

Masuk sini dulu sebelum masuk tidur ... penat sebenarnya ni , baru selesaikan kerja-kerja rumah ... seperti biasa sebelum Magrib dah kena siapkan makan malam ... malam ni menu kami bihun goreng ..semua pakat makan dengan kuah laksa .

Semalam kami buat laksa dan cucur udang sempena Aidiladha , selepas Isyak abang misai jemput gang surau datang ke rumah dan bertakbir raya di rumah kami ... ada la dalam 15 orang .. baru terasa kegembiraan raya bila dengar takbir raya berkumandang dalam rumah . Alhamdulillah kuah laksa dan cucur udang semalam menjadi ... abang misai pun tolong masakkan kuah kacang yang sedap juga . Pagi tadi akak bawak lebihan laksa ke sekolah untuk jamu kawan-kawan pula .


Minggu depan anak-anak dah start periksa akhir tahun , kejap je masa berlalu ... harap akan ada la peningkatan . Mak depa pula bakal sibuk sebelum bercuti panjang . Tak sabar raya nak bercuti , budak Akim tu sibuk dok tanya bila kita nak naik kapal terbang ...











No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails