Terasa ingin menulis dan meluahkan rasa hati malam ni ... tapi akak bukan insan yang sempurna , tak lepas daripada melakukan salah dan dosa . Kadang-kala kita sedar dan kadang kala kita terbuat juga dosa tanpa kita sedari . Maafkan akak jika apa yang akak tulis ini menyinggung perasaan orang lain .
REDHA
Jika niat kita baik .. Insha Allah rezeki kita tak kan ke mana-mana . Mengajar anak-anak erti menerima kenyataan walaupun pahit . Redha dengan ketentuan Allah ... kadang-kala sesuatu itu tidak berlaku seperti apa yang kita rancang atau harapkan . Mungkin apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya ... mungkin ianya adalah lebih baik untuk kita .. dalam hidup ini kita tak perlu hanya mengejar kejayaan duniawi . Pangkat dan harta di dunia takkan bawa kita ke penghujung jalan . Jika anak-anak mak berjaya dengan ilmu akhirat itu lebih membanggakan .
KENTAL
Dalam dunia yang penuh dengan cabaran kini kita juga perlu kental fizikal dan mental . Jangan cepat melatah .. jangan mudah terasa . Kadang kala kita tak boleh sangat ikut kata hati kita . Selalunya bila kita marah dan tersentuh , kita mudah sentap dan rasa nak lepaskan balik pada orang lain . Mak dah belajar dari pengalaman lampau . Tak guna mengikut kata hati walaupun kita rasa kita dipihak yang benar . Kadang - kala kesabaran itu lebih menguntungkan . Biar hati kita cool dulu dan bagi masa untuk diri kita bertenang .
Menjadi seorang pendidik pun kena kental hatinya ... kadang-kala sukar untuk berdepan dengan parents yang terlampau cepat melatah . Zaman kita dulu kalau cikgu marah , pukul , even kita maki , kita hanya diam dan tak balik bagitau emak , kalau kita bagitau , kita akan mendapat habuan yang sama juga . Pernah cikgu BI pukul akak dengan pembaris panjang sampai patah sebab tak siap homework ... walaupun bagi akak tindakan tu kejam dan diingat sampai sekarang tapi akak tak pernah cerita pada mak dan arwah abah .
Bila dah jadi cikgu ni baru akak faham .. dalam apa jua kerjaya tahap kesabaran dan rational tindakan seseorang itu tidak sama ... .. begitu juga cara kita dalam mendidik anak-anak ... so kami selalu pesan dengan anak-anak , selagi korang tak patah riuk mak dan ayah tak kisah cara cikgu didik korang untuk menjadi ORANG sebab mak dan ayah sendiri pun kadang kala tak terlayan kerenah korang yang buat kami PENING tu ... ada di antara cikgu yang dah terbiasa guna perkataan yang kasar yang mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah budak or parents .
Kami pesan pada anak-anak , kalau cikgu cakap kasar tu tahan je lah telinga dan berdoalah agar cikgu tu berubah . Tapi kan ... ramai bekas anak murid akak yang sgt rapat dengan sorang cikgu ni walaupun "bangang , bodoh , mangkuk" dan sbgainya selalu keluar dari mulut dia dan diaorang masih rapat dengan cikgu tu hingga sekarang .... so anak-anak emak , belajarlah untuk menjadi insan yang berhati kental walaupun pada perkara yang salah , maybe di sebalik perlakuan salah tu ada faedahnya ... beralah bukan bereti kita salah ... cuma jangan ikut or amalkan perbuatan yang salah tu .
* tapi kan ... kadang-kala tu kita akan kalah jugak dalam melawan kata hati ... kita hanya manusia biasa .
MENDIDIK CARA KEJAM
Mungkin cara kami ni kejam bagi sesetengah ibubapa . Sekali sekala rotan akan hinggap ke bontot anak , kalau tak bontot , peha ... kenapa ? mak dan ayah bukannya suka - suka pegang rotan atau hanger tu , tindakan kami ada alasannya dan selalunya anak-anak boleh terima sebab-sebab yang diberi . Petang tadi sekali lagi libasan hanger hinggap di peha Haikal kerana dia terlalu leka pi main bola sampai tak solat Asar .. sampai rumah masih lagi lengah - lengah ... tup-tup lepas mandi azan Magrib berkumandang . Untuk kali ini ayah hanya marah dan berleter tapi emak sudah hilang kesabaran , maka hinggap la hanger di peha Haikal ... marah mak bertambah bila mak intai cara dia solat yang sekejap sangat tu ... baca fatihah dalam hanya beberapa saat .. entah baca ke tak ? bukan dia tak belajar , bukan dia tak diajar tapi biasa la kan anak-anak yang belum betul2 mengerti apa tujuan dia solat .
Mak dan ayah bukan kejam ... mak tak nak jadi macam mak ... dulu masa mak kecik-kecik dan di alam remaja solat tu dibuat main-main je ... bila tak sembahyang takde rasa apa-apa pun . Syukur masih diberi peluang untuk berubah , syukur dijodohkan dengan insan yang menjaga solatnya .
Atas sebab itulah mak taknak perkara yang sama terjadi untuk anak-anak mak , biar kami tegas sekarang , biar la orang nak kata kami kejam ... melentur buluh biar dari rebung , kita tak tau nasib kita di masa akan datang ... kalau kita tak terima hidayah dari Allah sampai kita menutup mata , alangkah ruginya hidup kita di dunia ini walaupun harta dan kejayaan melimpah di sekeliling kita .
* berapa banyak 'tapi kan' dan 'kadang kala' dalam entry ni :(
* maaf jugak sebab banyak menggunakan bahasa rojak .
No comments:
Post a Comment