Sunday, January 19, 2014

Hujung minggu yang memenatkan .. emak pancit la

Assalamualaikum ,

Cuti sekolah 3 hari ni tak dapat nak rehat sangat , pagi Jumaat abang misai ajak balik kampung jenguk MIL yang tak sihat . Sabtu petang kami bertolak balik ke KL . Sampai rumah dah malam ... masing-masing dah penat .

Pagi tadi , awal-awal lagi akak pi BB Bangi , pi tengok Tok Som .. tak sampai hati kalau tak pergi , kalau diikutkan hati mmg banyak sangat kerja yang nak dibereskan , tapi rindu pada emak mengatasi segalanya . Tengahari bergegas balik rumah .Then , bawak anak-anak ke kedai buku pulak ... sampai rumah dah pancit . Petang tadi drive sendiri , hantar Kak Una balik asrama . Korang sendiri boleh bayangkan betapa pancitnya si emak ini .

Malam ni settlekan kerja sekolah di depan pc . Kalau boleh nak bereskan kerja-kerja panitia seni , itupun kalau mata memberi kerjasama . Buku program untuk majlis perlantikan pengawas esok pun dah siap print . Rumah je tak berapa nak kemas , tak sempat . Abang misai dah mula sibuk semula .. hari ni rekrut baru masuk ... dari pagi sampai ke Magrib masanya lebih banyak di Kompeni . Siap la lepas ni , banyak kerja yang akak terpaksa uruskan sendiri ...and this supermom is ready for the challenge.. chaiyok emak!


Nak share sikit kesedihan kami ... permohonan Kak Una untuk SBP tidak berjaya , mula-mula memang sedih .. bukan saja anak , si emak pun sedih tapi kami redha . Mungkin bukan rezeki dia kali ni , sekarang tinggal peluang ke MRSM je la .. kalau takde rezeki jugak kami redha walaupun kami harap sangat Kak Una dapat merasa ke boarding school ... tapi kita hanya mampu merancang , rezeki tetap milik ALLAH . Kat mana pun kak Una belajar , Insha Allah kakak mampu berjaya sebab mak tau kakak memang anak yang rajin .

Ok stop sini dulu .. sambung kerja balik ... kerja , kerja , kerja .


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails