Cuti 2 hari , tak banyak yang dapat dibereskan .. malam ni masih sibuk mengadap pc menyiapkan kerja-kerja sekolah . Semalam dari pagi sampai tengahari akak jadi bibik mengemas rumah , dari kerja-kerja menyental 2 toilet , menyapu , menyawang , membasuh dan segala macam me- lagi lah . Dalam pada tu sempat jugak siapkan sepasang jubah untuk saudara akak .. Penat sangat dan sakit belakang .. kemudian abang misai ajak pi beli barang dapur pulak . Kalau ikut hati nak duduk di rumah je tapi banyak benda yang akak nak beli . Lepas tu pi Bangi pulak jenguk emak .... sebelum Magrib bergegas balik ke KL , Meen ada tuisyen semalam .
Semalam akak dan abg misai bangun awal utkNYA ... balik rumah selepas Subuh mata dah tak larat nak bukak tapi kerja-kerja memasak pula menanti . Kak Una request mak masak special sikit untuk celebrate birthday dia ... tak nak menghampakan harapan anak , mak pun buat la ayam panggang makan dengan brown sauce , mak jugak buat donut dan goreng mee geti . 1st time mak buat donut , so-so je rasanya .
Pukul 12 kami ke sekolah kak Una ... picnic dengan kawan-kawan dia ... dari apa yang kakak luahkan pada emak , memang dia menaruh harapan yang tinggi untuk ke SBP or MRSM .. tapi kakak , kita hanya merancang , rezeki ketentuan Allah .. mungkin ada rahmat disebalik segala yang berlaku . Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak emak .
ok .. stop sini dulu , banyak kerja menanti ... arhhhhh penatnya bibik .
No comments:
Post a Comment