Thursday, February 27, 2014

Sekadar berkongsi

...  dah tumbuh daun ...

Akak memang suka share something like this ... tak kisah la kalau ada orang nak tiru buat benda yang sama pun.. lagipun akak pun ambik idea ni daripada orang lain juga .. akak olah ikut citarasa akak . Kita gembira bila dapat hasilkan sesuatu yang cantik dipandang ... dan jika orang lain pun gembira dengan apa yang akak kongsi , itu cukup mengembirakan akak ... takde niat pun nak menunjuk-nunjuk , lagipun takde cantik mana pun ... maybe pada sesetengah orang tak de uniknya lagi kalau dah ramai buat benda yang sama ... tapi sikit pun akak tak kisah .

Projek ni masih belum selesai .. kalau boleh akak nak buat yang minima je ... tak nak serabut sangat . Akak dah stop deko dalam bilik seni sebab akak tak nak terlampau serabut dengan decoration . Nanti budak pening mana satu nak difokuskan .

Sekarang ni tengah sibuk dengan kerja-kerja design banner utk papan kenyataan dan aktiviti sekolah ... hanya berharapkan pahala sebab akak tak ambik upah , cuma akak harap orang tak ambik kesempatan atas perkhidmatan percuma yang akak berikan ... malam-malam memerah otak nak design banner ... dengan tugasan lain lagi ..

Akak ni sangat beruntung . Nisha sangat banyak membantu dengan kerja-kerja rumah .. Hari - hari dia tolong basuh kain baju dan buat kerja-kerja rumah yang lain kalau akak minta dia tolong . Akak bagi jugak upah sebab kesian dia banyak tolong meringan beban kerja akak ... so yang ada anak dara tu kita kena ajar depa buat kerja rumah .. nanti senang diaorang di kemudian hari . 

Akak juga benarkan depa masak sendiri jika kami berada di rumah .. sedap atau tak belakang kira .. bila akak masak , depa rajin jenguk tengok apa yang mak taruk dalam kuali. Plan nak ajar menjahit jugak tapi mak sentiasa sibuk .. kena tunggu cuti panjang baru boleh . 





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails