Assalamualaikum ,
Lama jugak la rasanya kami menyepi ... ada yang rindu ke ? entahlah ... mood berblogging agak ke laut lately . Banyak yang nak diceritakan tapi hati selalu berkata tak payah la ... kalau ada perasaan yang sukar diluahkan di sini , akak hanya catat dan save as draft . Biar kami-kami je tahu .
Rutin harian kami sama je .. emak semakin sibuk dengan tugasan di rumah dan sekolah ... memang selalunya emak pancit bila sampai ke rumah .. sebolehnya emak akan tido sekejap di sebelah petang untuk charge bateri supaya sebelah malam emak boleh berjaga dan bereskan keja-keja rumah mahupun sekolah .
Hujung minggu lepas kami balik kampung ... balik semula ke KL hari Ahad .. walaupun hanya 2 hari , akak rasa lega sangat dapat menjenguk emak di kampung .. kami juga sempat melawat jenazah ustaz / tok guru mengaji akak yang tinggal sebelah rumah .. arwah ustaz yang juga jiran terdekat kami ini juga adalah sepupu emak abang misai ... tak sampai hati kalau tak balik , tambah pulak dengar emak menangis memaklumkan kami berita sedih ini .
Sudah banyak minggu , hujung minggu kami sangat pack ... 2 minggu berturut-turut kami ke Parit melawat kak Una .. Sabtu ni sekolah juga , dan minggu depan sekolah akan sibuk sebagai tuan rumah pesta pantun Wilayah Keramat .
Tapi dalam kesibukan tugas harian kami sangat bersyukur kerana kami masih bersama .. diberi peluang menikmati nikmat-nikmat Allah yang cukup banyak dikurniakan kepada kami ..selagi hidup kita akan berdepan dengan pelbagai dugaan ... semoga kita semua akan sentiasa dalam lindunganNYA dan moga urusan kita di dunia ini akan sentiasa dipermudahkan olehNYA .
No comments:
Post a Comment